Penulisan Artikel 'AKU DAN FOREX' yg pernah aku perkongsikan sebyk 9 Episod telah menarik minat ramai pembaca di kalangan trader samada di Malaysia mahupun negara2 jiran tetangga.. Artikel ini telah menceritakan perjalanan aku dari hari pertama aku mula melangkah kaki ke Industri ini, jatuh bgn dan bagaimana cara aku bangkit kembali dari zaman kegelapan.. Ia mampu memberi inspirasi dan motivate kpd pembaca.. Hari ini aku kumpulkan semula semua episod (1-7) di dlm satu post.. awalnya nak post 9 episod sekaligus tapi x lepas sbb panjang sgt.. yg belum baca dari mula boleh baca... yg dah baca nak baca lagi sekali pun boleh.. mmg panjang berjela la.. cari masa sesuai dan terluang.. kalau ada sapa2 nak PDF kan atau masuk dlm Blog pun aku alu2kan dan kongsikan semula dgn semua trader2 generasi hari ini dan akan dtg.. Episod 10? Tunggu aku ada mood dan waktu terluang aku akan tamatkan penulisan 'Aku dan Forex' utk Episod ke 10 dan yg terakhir bila2 masa nnti...
AKU DAN FOREX (Episod 1/10)
Dulu aku bekerja di bidang architecture dgn menimba pengalaman bekerja selama 10 tahun di firma2 architect consultant.. memang pada satu keadaan menjadi muak.. yela bila keje consultant semua keje mesti ada dateline... dgn submisson... meeting.. presentation.. tidak kira waktu aku byk menghabiskan masa hanya dipejabat sahaja...
Pada suatu ketika aku juga pernah terfikir... zaman2 usiaku 20an x mengapalah keje2 sebegini.. tapi adakah aku akan terus kejer sebegini sehingga aku bersara? walaupun ia merupakan satu bidang professional tetapi selagi memikirkan kerja makan gaji... keje bwh org.. x kemana sgt diri kita.. nk create vision pada diri sendiri pun susah... apalagi kalau fikir nk menjadi seorang millionaire.. mmg xla.. just mengharapkan duit jatuh dari langit.. paling tidak pun kot2 dpt derma 2.6 bilion mcm almarhum najib razak tu... mesti seronok gilakan? Aku tgk rakan2ku yg mencuba independant dibidang tersebut dgn membuka firma sendiri ramai yg tidak kekal lama.. alih2 mereka jadi suffer juga.. bukan mudah sebenarnya.. byk sgt birokrasi.. cable kena kuat.. byk sgt hanky panky.. silap2 haribulan langsung xde job nak buat nnti...
Sebenarnya aku byk membuat keje2 luar... biasala.. nk harap gaji.. OT pun dah x boleh claim sbb gaji dah limit.. always keje sampai stayback ke tgh malam dan kekadang sehingga x blk, itu semua anggap je la amal jariah... ingat tenaga kita ni xde value ker? terasa diri ni mcm hamba abdi... org tnya profession, bunyi mcm gah.... tapi realitinya keje mcm askar gurkha... kalau aku x buat keje luar, cmner aku nk kluar dating ngan awek-awek aku? dahla awek keliling pinggang masa tu... nak belanja dia tgk wayang? nak g cucuk langit hari2? nak pergi konvoi satu malaysia dgn club motor aku? asalkan sebulan dpt tambah 2 ke 3 ribu bagi aku sgt dah memadai... nak harap duit gaji mmg xlepasla.. nk menyimpan pun x cukup.... selain keje2 freelance yg aku buat, multi level marketing pun aku rajin jalankan masa tu.. jual produk... jual top up.. jual majun.. jual ubat kuat... tapi paling byk aku join buat multi level marketing tadi... tapi income xdela seberapa... aku buat cosway.. de bella.. luxor.. ntah apa kejadah nama2 lagi... jual baju..network xdela besar sgt.. asyik2 aku ajak org yg sama.. mereka pun dah naik menyampah dgn aku...
Aku mula merasa kemewahan apabila tibanya zaman networking investment... sejak tahun 2000 aku pernah join satu company investment.. dptla rasa duit sikit2 walau x kaya mana.. alih2 ia tepu.. sejak kemunculan zaman swiss cash.. pada masa itu byk company2 internet investment muncul bak cendawan... walaupun majoriti tanpa ada pejabat di Malaysia,hanya sekadar menyediakan website2 bersama database usd yg dicreate oleh programmer2, pada masa itu menjadi satu fenomena bagi rakyat Malaysia... network aku pun meletup... jujur aku ckp, aku sendiri x tau yg itu adalah scam... sbb kita masih baru dlm bidang tu.. dkt website tulis dlm bussiness oil n gas, komoditi, forex exchange dan kita fikir ini memberi peluang yg besar pada kita utk membuat income yg byk... bulat2 semua org percaya termasuklah aku sendiri... Rakan2 aku di dalam bidang architect pada zaman itu ramai pergi ke dubai dan qatar kerana dpt offer gaji 5 angka sebulan.... tetapi aku sendiri tidak berminat utk kesana sbb pada waktu itu income aku sendiri pun boleh mencapai 5 angka sehari... inilah pengalaman aku yg tidak aku sangka sama sekali... ibarat KONON rezeki tuhan bagi.. tetapi aku sendiri tidak pasti hasil duit itu dtgnya dari duit yg halal atau haram.
Aku mula mengenali forex oleh saudara kandung aku sendiri.. aku telah diinvite bersama.. sama2 masih baru... aku berjumpa dgn seorang 'remizer' org sabahan satu keluarga pada masa itu.. seorg perempuan... muallaf.. usianya pada masa itu hampir separuh abad.. dikatakan hebat.. background yg bukan calang2... aku difahamkan forex ini sgt mudah utk kaya... utk menjadi seorang multimillionaire.. aku sgt tertarik... dan starting modal yg aku bertiga keluarkan adalah sebanyak RM550k utk membuka akaun trading di 2 buah broker yg konon dari hongkong iaitu First Alliance dan Global Commerce.. dan aku tidak berfikir panjang, aku terus bagi surat perletakan jawatan aku ditempat aku bekerja pada penghujung April 2006... bermulalah detik aku sbg seorg fulltime forex trader yg zero knowledge dgn mempunyai capital yg dikatakan besar....
Apa terjadi selepas itu.... nantikan Episod 2 yg akan aku kongsikan bila2 masa makesure mood rajin menaip dan waktu lapang... Paling penting aku ingin jadikan pengalaman aku sbg panduan utk semua dan memotivatekan diri pembaca especially sang trader generasi zaman sekrg
AKU DAN FOREX (EPISOD 2/10)
Bayangkan dengan amount melebihi setengah juta aku bertiga melakukan deposit secara cash… katanya guna kaedah system money changer utk transfer duit ke hong kong.. aku bulat2 percaya apa yg dikatakan oleh ‘remizer’ tersebut. Di Broker First Alliance buka 2 akaun menjadi usd73,xxx dan usd15,xxx dan di Global Commerce dgn nilai usd73,xxx….. aku matikan cerita di Global Commerce tetapi aku continue cerita di First Alliance…. Kami menyediakan rumah utk mereka sekeluarga dan satu bilik ditingkat bawah disediakan ‘trading floor’ dgn 5 buah desktop computer… mereka akan uruskan akaun kami disamping itu mereka akan menunjuk ajar pada kami tentang forex…. Aku pun x tau samada dia ajar benda yg betul atau tidak… yg aku masih ingat platform tersebut tidak menggunakan candlestick chart tetapi hanya menggunakan bar chart sahaja…. Dan mereka hanya menggunakan MACD dan RSI…. Apa yg disuruh kalau garisan melengkung diatas terus ambil sell dan kalau melengkung dibawah terus ambil buy… aku angguk2kan je kepala… remizer itu bahasakan dirinya sbg ‘mami’ dgn gigi rongak dan aku pasti part gigi dia tu la yg konon membuatkan dia ni power trade… aku masih ingat kalau dia ketawa… mmg boleh jadi terangsang silap2… bukan pasal aku minat MILF walaupun dia ada sorg anak dara boleh dikatakan cun jugak… tapi sbb aku seorang pemalu aku x reti nk fikir benda2 tu semua… mungkin gak taste aku lebih tinggi dari tu…
Antara ilmu yg diajar pada aku dan ‘partner’ aku adalah ilmu locking…. Sbg contoh, kalau ambil buy.. tiba2 market jatuh 20-30 pips terus locking dgn ambil sell dgn lot size yg sama… dan bila ada profit yg locking tu close blk sell dan biarkan open buy… bila jatuh lagi, locking blk… for sure akaun tu akan mengalami floating loss semakin membesar… tapi aku masih ingat lagi… akaun usd73,xxx mampu grow sehingga usd150,000 tetapi floating loss sebanyak usd147,000….. apa kebodoh ajar aku mcm tu.. kata trade dkt bursa saham dah berpuluh tahun.. claim akaun pakcik siti nurhaliza pun dia pernah manage… tapi aku tetap percaya segala apa yg dikatakan… biasalakan zaman jahiliyah aku yg x reti apa2 dlm forex… beginilah jadinya…
Hampir hari2 aku dtg ke rumah tersebut utk melihat akaun tu berjalan… kekdg aku usik2 juga… geram tgk.. tapi aku byk buang masa bukak website2 karut marut… itupun ‘partner’ aku yg ajar.. byk sgt website blogspot dgn 3gp masa tu… ntah apa2kan.. camana nk berkat trade forex kalau layan benda2 mcm tu… tapi korg bayangkan… kekdg mereka laki bini gaduh kami terpaksa buat pekak telinga… nyampah pun ada… dahla duduk situ semua fully kami sponsor.. trade pun ntah apa2… Broker yg digunakan, kalau hari ni masih ada aku rasa xde sorg pun sanggup nk guna…. Bayangkan utk major pair Spreadnya saja dah 15 pips… dan bila disclose untung, charge utk komisen dia tolak 12 pips… jadi 15 + 12 = 27 pips…. Maksudnya kena tunggu market itu bergerak pips ke 28 baru kami dpt profit 1 pip… itu x termasuk Swap sbb zaman tu manala ada Islamic akaun no swap… mmg kuat gila swap dia.. baik buy ke sell semua kena charge interest… tapi kalau tgk trader hari ni, spread 0.10 pips pun masih berlambak trader MC… Cuma broker tu tidak ada Stop Out… yg ada Cuma Margin Call.. kalau Margin Level mencapai 70% automatic akan jadi Autolocked…. So nk buka blk locking tersebut wajib top up…
Kali pertama kena Auto Locked 2 minggu selepas akaun tu dimanage… Mami tadi boleh ketawa.. x ke bangang dia boleh ketawa…. Dia suggest kami top up.. tanpa fikir panjang apa lagi kami hantarla rm100k untuk top up account… dia janji akan buat terbaik… dia kata dia boleh lakukan.. dia nk pastikan kami semua jadi jutawan… dia kata dia boleh entry mcm kita menaip guna typewriter dgn gaya scalping… masuk keluar masuk keluar… wowww melopong mulut partner aku dgr… suka bukan main… tapi masa tu hati aku dah mula berbulu tgk dia.. dpt2 tang gigi dia yg x berapa nk ada tu….
Dipendekkan cerita…. Akaun tersebut telah di top up bbrp kali… 3 kali dgn rm100k… lepas tu kami top up dgn amount yg lebih kecil iaitu rm50k bbrp kali… akaun usd15k pun kami top up.. sama je nasibnya… bila tiap kali equity makin hari semakin mengecil pasti aku dpt sms dari mami tu… “pray to Allah… semoga Allah membantu kita agar kita terus profit… “ itu antara petikan sms dari dia. Kerap aku terima… akupun x pasti apakah permainannya… Untuk akaun di Global Commerce pun mengalami nasib yg serupa… kami trade sendiri menggunakan skil yg diajar mami tersebut… risk management kami x pernah tau… entry lock bukak lock pastu lock blk.. mcm tu je sampai bila2… bila margin x boleh sustain, broker tu kasi advance usd80k.. apa susah broker mereka… virtual money je yg di top up tu.. tapi masih gagal… aku ingat kepala dia pun org sabahan bernama Firdaus… katanya pakai super car… itu semua menipu je sbnrnya… walhal dua2 broker yg kami gunakan sbnrnya adalah Scam… jadi endingnya, 4 bulan pertama aku di dalam forex jika ditotalkan kami telah kerugian sebanyak RM1.3 juta tanpa mendpt sesen pun… itulah pentingnya kena ada ilmu… bukan modal yg besar perlu diukur konon kita akan berjaya dlm forex… walau setinggi gunung kinabalu sekalipun bisa boleh jadi rata…. Ilmu itu sgt penting… jangan kita fikirkan utk trade forex dan kita tergesa2 utk membuka akaun besar… inilah jadinya… senang diperdaya… semua org ckp kita percaya…
Aku bertiga tidak terhenti disitu… sebaliknya aku cuba melangkah lebih jauh… walaupun down tapi kami masih ada kemampuan utk bergerak… akhirnya pada tahun 2007 kami telah membuka pejabat dan menjadi sebagai IB Broker GFS berpusat di San Frascisco, California dkt US atas regulation NFA, CFTC & FCM… dan disini langkah aku menjadi lebih jauh dgn buka diary baru dlm forex utk melompat lebih tinggi….
To be Continue…. Next Episode… tdo sat
AKU DAN FOREX (EPISOD 3/10)
Kini aku mempunyai sebuah pejabat yg cantik di Lembah Klang telah beroperasi sbg IB Broker GFS di USA dan City Credit Capital di London UK. Memang benar broker yg aku gunakan kali ini mmg yg betul2 genuine tidak sama seperti broker yg aku tumpas sebelum ini. Sedikit sebyk ia dpt mematangkan lagi aku di arena forex utk mencari satu broker yg betul. Zaman itu aku bersama partner aku sendiri pun masih belum sampai setahun dalam forex… pakai kemas menunjukkan yg konon aku ni seorang yg begitu pro dlm forex dgn penampilan dan lagak sama seperti budak2 baru nak up mengenal forex… Aku x nafi hingga zaman sekrg pun ada golongan seperti aku dulu… baru setahun jagung dlm forex terus menampilkan diri umpama seorang masta yg hebat di dlm bertrading… reality trade masih lagi jauh tersasar dari landasan yg betul… Modal masih ada… bbrp puluh ribu usd dibuat bank wire ke luar Negara… disamping itu juga, kami mencari investor2 yg ingin membuka akaun trading utk dimanage oleh aku bersama team… tidak lupa juga diadakan pool akaun supaya aku dpt perbesarkan capital sedia ada… mcm biasala kan… layan scalping… hari2 scalp sbb semata2 nk kejar komisen… broker tersebut dibuat mark up spread yg besar sehingga 5 pips membuatkan income komisen yg diterima tinggi setiap bulan hingga beratus2 ribu ringgit Malaysia…
Kegemilangan aku di dalam forex bermula sekitar 2007 dan perjalanan aku terus melangkah ke tahap yg lebih tinggi selepas itu… dgn 1 company, syarikat aku menjadi maju… investor dpt sharing komisen dari kami setiap bulan… mmg semua modal dihantar ke broker tetapi sebenarnya reality 70% akaun telah hancur dikerjakan kerana always dgn cara scalping… Bukan semua akaun habis tetapi ada yg perform.. ada juga client mampu melakukan withdrawal tetapi kami tidak mengambil sebarang profit sharing.. Setiap akaun yg dibuka mesti bermula dgn usd50k…. kalau ada yg nk buka akaun usd10k masa tu aku anggap mcm akaun bilis je… apalagi kalau akaun setakat usd1k – usd2k mmg bantai ketawa je… Korang bygkan.. bukak akaun usd50k standard akaun… sekali entry mesti 10 lot x usd10 = usd100 per pip…. Aku pernah scalp masa tu sehari sehingga mencapai lebih 500 lot… 1 lot komisen 1.2 pips raw dan 5 pips mark up… best gilakan income komisen situ? Ada sesetgh akaun bila MC tetapi kami tidak rugi.. contohnya akaun usd50k dah MC tetapi dikira komisen capai lebih usd70k… Sebab itu adakala akaun client yg hampir koyak kami akan bertanggungjawab utk top up kembali akaun tersebut dgn menggunakan dana syarikat… Tidak ketinggalan juga ada akaun sebesar usd50k seminggu terus MC… biasanya akaun company la..
Pada masa itu pelbagai method dan bantuan yg digunakan bagi konon utk mencapai satu results trading yg terbaik… signal2 dari luar Negara melalui website juga banyak yg aku langgan… setiap bulan kena byr beratus2 usd yg ditolak secara auto dari credit card… pelbagai indi dari luar negara juga kami beli.. signal berupa robot juga kami beli.. ini bukan sebarang robot sbb robot ni boleh bercakap.. kekdg keluar suara pompuan kekdg keluar suara lelaki… tapi sebenarnya, byk2 yg digunakan itu xde satu pun yg mampu membantu aku bersama team di dlm trading… kami lebih kpd menggunakan cara sendiri je layan scalping kejar komisen… aku bagi contoh mcm robot tu, bila aku nak entry buy tiba2 dia bercakap ‘selllll…’ aku akur apa yg robot tu bgtau dan terus entry sell… alih2 market terus meroket.. x pasal2 makan maki robot tu dgn aku… situasi lain bila aku nak ambil sell tiba2 robot tu bercakap kata ‘buyyyyyy….’… dalam hati aku ahhh lantakla kau… aku terus entry sell… rupa2nya memang betul market terus pergi ke buy….. alih2 malas nk byk cerita aku pi campak robot tu terus… disamping itu ada 1 company signal dari oversea yg aku langgan.. sebulan caj usd249.00 yg ditolak dari kredit kad… sehari kesemua 30 pair termasuk major pair, cross pair dan metal diberikan dgn entry point, TP dan SL…. Mmg asyik ke laut.. bila aku nk cancel langganan signal tu, apa yg berlaku tiap2 bulan di kredit kad aku terus dipotong sampai bank terus block kad tersebut semasa zaman kejatuhan aku…. Tetapi sebelum di block setahun lebih company tu dpt makan duit free tanpa aku langsung x hiraukan lagi signal2 di website mereka… pandai sungguh mereka buat business kan? Dah mcm astro perangai.
Perjalanan perniagaan forex sbg IB dan fund manager terus berkembang… aku bersama partner bersetuju utk membuka lagi pejabat di tengah2 kota Kuala Lumpur hadapan KLCC dan di Medan, Indonesia dan mula beroperasi sekitar bulan Mac 2008. Di Medan semasa membuat launching pembukaan pejabat disana siap panggil 3 reporter suratkabar sana lagi utk buat liputan… Memang nampak hebat… Hari ni event esok muka kami keluar dkt suratkhabar Indonesia… Mesti cewek2 sana masa tu bila tgk gambar kami mereka jadi Melting gila…. Kiih3.. Keegoan aku konon sebagai seorang forex trader yg gah dpt dilihat dgn karektor bila berurusan dgn client/investor… beberapa deal besar nilai jutaan usd juga berlangsung termasuk bersama dgn koperasi… tetapi mereka ingin melihat result dahulu dgn mencuba akaun serendah usd50k.... no problem aku bersama team akan buktikan…
Sebenarnya kami dalam perancangan utk menambahkan lagi pejabat di negara Cambodia dan seterusnya di London… Untuk group koperasi itu timing masa itu bermula bulan julai 2008…. Aku anggap ini merupakan client yg sgt besar dan berpotensi kerana mereka mempunyai dana yg besar… 20 Application utk buka akaun trading dari pihak mereka telah kami lakukan ke broker dan semua sudah siap Approved.. Hanya menunggu mereka buat deposit je dgn menggunakan bank wire… Bayangkan, kalau satu akaun usd100k x 20 akaun jadi usd2m… mmg byk gila komisen akan masuk kalau benda tersebut happen kan? Aku mulai tamak walau pada masa itu total akaun yg kami uruskan termasuk akaun company sebenarnya ada dgn nilai jutaan usd… Byk komisen yg kami ambil separuh tetapi balancenya kami gunakan utk tambah lagi akaun company… Itu strategi yg memang kami lakukan beberapa bulan sebelum itu… Korg mesti pelik kan cmner transaksi duit tu dilakukan? Sebahagian duit ditransit di akaun Bank yg kami buka di Hong Kong… tetapi guna nama partner aku la… local bank yg aktif tu dari awal kami lakukan declaration dgn submit all dokumen termasuk surat perlantikan as IB Broker tersebut…
Episod duka yg merupakan malapetaka besar pada kami bermula pada Ogos 2008 sehingga Disember 2008 yg terus meranapkan segala2nya apa yg aku ada…. Sewaktu itu market crash amat teruk sekali… Jadi, untuk part ni aku akan bercerita utk next episode secara details supaya semua pembaca dpt satu gambaran yg jelas forex ini membuatkan aku bersama team terus jatuh miskin… kita jumpa lagi
AKU DAN FOREX (EPISOD 4/10)
Aku sanggup duduk berdamping dgn market 24 jam tanpa henti setiap hari semata2 ingin layan scalping utk mengejar lot komisen.. Memang caraku extreme… Orang pandang aku ni sgt hard working bila melakukan trading… Orang ingat makin lama duduk depan market lagi byk dpt buat income… Setakat akaun capital usd50k sudah biasa aku manage…. Jadi aku tidak gentar dan aku yakin kononnya aku mampu menunjukkan satu performance yg luar biasa. Aku anggap aku sentiasa boleh… aku anggap aku hebat… aku tidak pernah rasa nk improve diri aku dlm trading dengan cara yg sebetulnya.. apa yg aku buat selama ini sudah cukup bagiku… memang benar ada juga timbul perasaan ingin menjadi trader yg betul2 hebat diwaktu itu… tetapi aku tidak pernah terfikir pengawalan risiko itu amat penting… aku rasa benda tu sgt lambat… walau sebelum ni majority akaun yg dimanage banyak yg tidak perform tetapi apabila adanya akaun baru, pasti keyakinan itu sentiasa refresh semula kononnya utk akaun kali ini aku akan berjaya… Sentiasa ulangi perkara yg serupa walau gagal dgn harapan supaya ia akan mencapai results yg berbeza yg akan menyebelahi diri aku pula… Cuba anda semua imagine kan disitu… aku yakin bukan saja sikap diriku tetapi ia juga merupakan sikap majority trader, bila mendapat satu akaun yg ‘virgin’, dari hari pertama akan dilanyaknya umpama itulah malam pertama perkahwinannya. Memang rakus, gelojoh umpama seperti yg korg semua layan 3GP dan thumblr dgn aksi di kebun kelapa sawit… Kegarangan itu semakin lama semakin kurang dengan lot entry semakin kecil yg dilakukan sbb equity semakin mengecil…. Mana taknya, buat cara high risk.. kalau boleh semua entry nk berakhir dgn profit x kisahla walau 1 pip sekalipun…. Itu juga serba sedikit gambaran diriku pada waktu itu… dahla layan scalping gila2… Wowww bila tgk statement sgt hebat… semua close dlm keadaan profit.. Win Ratio 100%.. lot dah beratus2.. guna timeframe 5 minit dan sesekali 15 minit sahaja… tapi bila tgk dkt Open Position, byk gila entry… semua merah2.. bilangan entry tu umpama dari atas siling sampai ke lantai… padat mcm sardin… tgk akaun sendiri pun rasa nak muntah… mmmmm.. kalau hari ni aku akan bertanya blk tentang kebodohan aku menguruskan akaun pada masa itu… yg byk2 locking tu bila nak selesai? Tiada keberanian utk melakukan cut loss… Dahla x pernah menggunakan Stop Loss.. Entry yg berlambak2 tu bila nak clearkan? Kalau dah besar gila floating sanggup ke nak cut loss?
Orang manage akaun trading utk mencapai keputusan yg baik iaitu profit… akaun tiada masalah tanpa ada floating2… sepatutnya perkara yg setiap trader kena tau, dlm forex ni loss satu perkara yg pasti.. kalau ada kalangan korg berangan utk capai result 100% winner dari setiap entry dibuat, hanya satu perkataan yg aku mampu ucapkan…. lupakanlaa…. Silap2 makcik marginah kirim salam…. Ye salam wajib dijawab.. jangan masa makcik tu bagi salam buat2 x dgr sudahla yer… Banyak kriteria2 di dalam ber trading kita kena ambil kira… bukan setakat memikirkan kecekapan kita menggunakan sesuatu teknik.. pengawalan risiko sgt penting… penjagaan emosi dari serangan psychology sgt penting.. cara dan gaya persembahan di dalam trading style juga sgt penting agar ia di dalam keadaan yg sistematik… anda tau bagaimana anda ingin mencapai results profit keseluruhan.. anda mampu bagaimana utk growkan akaun trading walaupun adakala 3-4 kali entry berakhir dgn kerugian… Anda masih rilex dan sgt tenang.. after that dgn 1-2 entry anda mampu recover kerugian tersebut… Ini baru boleh dikatakan anda hebat… tapi makesure konsistenkan semuanya… bukan hanya memikirkan konsisten profit tetapi disiplin juga kena konsisten… akibat tidak konsisten dari segi disiplin, 1 bulan punya hasil trade mencapai gain profit yg baik tetapi hanya dgn 1 click sahaja konon2 tiba2 muncul perasaan tamak, over confident dan diletakkan lot gajah, silap2 haribulan habis segala2 yg sudah anda dpt… sebab itulah di alam maya yg kita lihat itu bukannya profit… selagi kita tidak withdraw jangan panggil itu profit!!!!
Aku juga sering berulang alik KL - Medan atas urusan2 kantor disana… kalau bukan aku partner2 aku akan ke sana…. Perkembangan di Medan tidak begitu hebat… hanya secukup makan saja.. Maybe sebab masih baru… tapi perancangan ada byk sekali… Anggota disana ada lebih kurang 5-6 org secara fulltime termasuk seorg partner kami dari Indonesia juga.. Aku turun kesana ada juga mengajar mereka ilmu trading… aku x pasti samada apa ilmu yg sebenar aku ada… mcm aku ckpla, gaya mesti kena ada.. padahal ilmu masih ke lautan hindi… Masih ingat sewaktu Launching dulu telah dirasmikan oleh konsulat Malaysia di Kota Medan dan acara potong riben diescort oleh cewek2 disana yg mekap tebal dan berpakaian seksi… Begitulah serba sedikit keadaan dan persekitaran aku pada waktu itu…
Pada hari ini 14 Julai 2008, akaun penting tersebut aku sendiri yg uruskan dari ‘big client’ yang dijadikan sebagai percubaan pertama dari pihak mereka. Aku tidak yakin dgn partner2 aku… aku anggap dikalangan mereka akulah yg paling bagus…. Sekurangnya kalau aku MC kan akaun tetapi aku Berjaya mendapat Komisen yg tinggi dari akaun tersebut.. Sebenarnya itu satu pemikiran yg songsang dan jauh tersasar di dalam forex… Tanam azam yg kuat… aku cuba yakinkan partner2 aku sendiri… mereka juga harap aku dpt perform… harap ada hantu raya dtg dkt aku hari2 bagi signal yg tepat.. realitinya pada masa itu cara aku bertrading langsung tidak ada system yg betul… Cuma apa yg aku fikirkan adalah profit… aku akan standby duduk di depan chart seawal jam 5 pagi Isnin waktu market open…. Dan akan berpisah dgn mereka pada 5 pagi Sabtu market close…. Mmg seperti belangkas.. bukan main lagi aku bercinta dgn market.. xleh dipisahkan… bagai aur dgn tebing… kalau terpisah bbrp minit rasa rindu amat sgt… mesti aku akan jenguk jugak sambil berkata…. ‘buat apa tuuuuu’…. Kepala hotak dia.. siang malam pagi petang duduk mengadap chart… langsung xde life… kalau akaun floating teruk, sabtu dan ahad aku masih x mampu utk tidur lena… sbb market akan sentiasa menganggu perjalanan mimpi aku.. adakala dlm mimpi tiba2 aku mampu gain gila2… sedar2 rupanya bermimpi… sampai aku menyumpah2 sbb tertipu dgn mimpi… adakala tgh tido mimpi habis akaun mc… sedar2 aku urut dada aku tanda lega… nasib baik mimpi.. kalau time hari market open, aku sendiri tidak pasti bila aku tidur.. sbb yg aku tau aku hanya tertidur utk sementara… dpt2 time float.. kalau terlelap tanpa sengaja hanya bbrp minit, if tersedar blk bukan main kelam kabut aku nak tgk chart dah sampai mana…. Candle2 dlm chart tu dah mcm lembu aku rasa.. sentiasa kena awasi.. jgn bagi terlepas… Pasti kesihatan, keluarga, lifestyle yg lebih sempurna semua terabai…. X kira kalau di pejabat pun mcm tu dan blk rumah pun mcm tu jugak.. asyik mengadap chart 24 jam…. Zaman itu kalau nk tgk chart hanya boleh gunakan computer sahaja samada desktop atau laptop… kalau guna broadband mcm hampeh… sangkut2 selalu.. sbb tu aku kerap di ofis sbb internet laju sikit.. sampai ke tahap nak ke tandas sekali pun aku akan jinjing laptop aku masuk ke dlm tandas… Cubala korg fikir, adakah cara sebegini adalah merupakan ciri2 org yg Berjaya dlm trading? Pasti tidak sama sekali!!!
2 minggu pertama aku manage akaun ‘big client’ hasilnya akaun tersebut grow dgn baik… lot byk aku buat… mmg ikut pada deal 50% dari komisen akan dibayar pada mereka.. itu juga merupakan antara perkara yg mereka amat tertarik dgn kami.. profit tanpa ada profit sharing… lagi mereka suka.. show statement yg power2 padahal byk yg akaun demo… nama pun marketingkan… pssssttttt sampai sekrg ramai yg dok buat lagu tu lagi… huhuhu… akaun ‘big client’ tersebut dah grow menjadi usd85k… wowww baru 2 minggu dah capai 70% gain… tapi akaun still floating around usd30k… kalau ditolak profit just usd5k saja sbb tu akaun tu x diwithdraw lagi… lagipun bagi mereka apala sgt profit usd5k tu kan. Tapi bila aku intai akaun2 yg lain juga nasib lebih kurang sama… xde akaun yg x floating… semua floating… ada yg floating tapi equity still win.. ada juga yg floating tapi dah loss mencapai 50%... dan ada juga akaun yg tgh nazak pada masa itu yg di manage oleh team aku dan biasa pihak kami akan top up blk akaun tersebut jika ia melibatkan akaun client…
Kini memasuki bulan Ogos 2008… Segala fundamental apa yg berlaku diluar sana aku tidak pernah ambil peduli.. Yang aku tau scalping scalping saja… “On September 16, 2008, failures of massive financial institutions in the United States” dimana ia bermula se awal bulan Ogos lagi sudah Nampak kesannya… JPY menjadi sangat kuat dan USD juga mengikuti JPY menjadi strong.. Semua currency JPY mulai bearish… dan pair USD sebagai quote juga semua bearish tanpa henti… Kegemaran pair aku pada masa itu adalah GBPJPY dan EURUSD…. Aku x layan pair lain Cuma kadang2 saja aku ambil GBPUSD… mcm biasala… bukak timeframe 5 minit tgK candle menari2 dan bila dah turun sikit aku terus counter buy… mmg itulah cara aku biasa buat… main2 rasa.. biasanya kalau market ranging mmg aku akan win… tapi pada waktu itu market jatuh lagi tanpa nk menoleh ke belakang….
Dan sambungannya pada Episod 5 dimana 100% akan aku cerita dgn memberi gambaran yg jelas apa yg telah berlaku pada aku pada waktu market crash itu… ia merupakan episode yg paling dramatic… moga kita berjumpa lagi… terima kasih kerana mengikuti perjalanan dan pengalaman aku di dalam forex di dalam Artikel “Aku Dan Forex"
AKU DAN FOREX (EPISOD 5/10)
Hidup aku hanya melihat chart sahaja.. tiada sebarang aktiviti termasuk urusan2 family aku tidak endahkan kerana sepanjang masa aku hanya bergelumang dgn kayu2 lilin yg bergerak seperti ulat beluncas itu. Pada masa itu aku sendiri handle 8 akaun yg besar termasuk akaun big client tersebut semuanya usd50k ke atas dan ada bbrp akaun amount ratusan ribu usd…. Akaun2 lain team aku yg managekan… Bayangkan kalau layan scalping sure x sempat untuk scalp kelapan2 akaun tersebut secara serentak. Biasanya aku akan jalankan 2 atau 3 akaun serentak… Bila float aku layan akaun lain pulak… Aku tidak menggunakan MT4 sebaliknya broker yg digunakan mempunyai trading platform sendiri iaitu java. Sudah 3 hari aku x balik rumah… aku hanya terperap dipejabat.. Pair GJ dan EU sahaja yg aku fokuskan … Memang lot entry aku kali ini agak kecil… tetapi tabiatku masih tidak berubah iaitu lawan trend. Bila profit cepat2 nk close dan bila float dibiarkan dan sampai satu tahap di locking sahaja…. Beberapa layer tertinggal di atas dan aku harapkan market akan berpatah blk.. yg mana entry sell semua dah disclose awal tanpa mengenali erti menunggu lama… masalah sekrg entry buy aku.. woiii bila kau nk naik blk ni? Lahanat… kalau org dgr sure org ingat aku tgh berckp dgn seseorang tetapi realitinya aku sensorg di pejabat bersama hantu2 kopek yg sedang menari inang mengelilingiku… aku x pernah mengenali apa itu support resistance dan breakout. Dahla guna TF kecik… langsung tak pernah refer TF yg besar sure kita xkn nmpk movement market itu lebih jelas akan dtg… Camana nk refer sbb mmg x pernah tau nk baca market dgn TF yg lebih besar….
Kini memasuki hari ke 4 aku tidak berganjak di pejabat… staf yg masuk keje pun dah dtg pastu balik keje bbrp kali.. tiap pagi bila mereka masuk satu ayat ni mesti dorg akan ckp…. “ehhh encik zack.. x balik2 lagi ke?” Aku senyum sinis je.. ikutkan hati aku mau aku pi terkam minah tu kang.. sabar2.. marah dgn market jgn pulak anak dara org aku nak terkam pulak.. mesti dlm hati dia kata rajinnya boss aku.. padahal dia x tau kepala aku tgh kusut gila tgk warna merah2 semakin meningkat angkanya.. mandi semua di pejabat.. dtg pejabat mcm blk kampong siap bwk beg pakaian lagi.. muka pun dah x terurus.. mcm kucing makan anak bila org tgk.. aku merenung skrin computer aku.. bila tgk tiba2 dia keluar lagi candle panjang ke bawah…… dlm hati aku.. ya alllah.. ya allah.. apa ni? Tolongla hambamu ya allah.. aku x sanggup dlm keadaan sebegini.. sambil aku pohon doa tgn aku bertindak pantas terus click lagi buy… entry2 je tgk dah float 50 pips x sampai seminit.. ini bukan entry zero float yg diajar oleh sifu2 hebat zaman sekrg ni.. ngeh3… tapi masa tu mana ada sifu yg hebat sebegitu.. aku sendiri pun sejak involve dlm forex x pernah pergi belajar mana2 kelas.. ikut rasa hati je.. leverage pun aku sendiri x tau apa kejadahnya..
Memasuki tengahari perut aku sgt kelaparan.. lupa malam td x makan sbb leka tenung chart.. aku turun lif pergi dkt cafeteria.. ada minah2 indon yg bekerja kat situ tapi semua x menarik minat aku.. klu muka mcm neelofa ok jugak tapi masa tu neelofa pun tgh sibuk belajar nak ambil peperiksaan PMR kot.. makan cepat2.. risau dgn market.. selesai aku terus naik ke pejabat utk melihat market dah kemana pula.. Aku tgk terus terjun lagi… hati aku tiba2 rasa hiba… buat muka sedih depan market.. apala nasib aku.. kenapa market itu terlalu kejam dgn aku.. kenapakah market tu xde belas kesian dkt aku walau sedikitpun.. tolonglaaaa… aku mohon padamu ya Allah.. tolongla hambamu ini.. itulah kata2 hatiku diwaktu itu.. aku rasa mcm nak menangis melihat semua akaun2 yg aku manage dlm keadaan semakin teruk… sudah lebih 2 bulan keadaan sedemikian.. asalnya aku entry, aku lihat market dah jatuh byk.. masa mula aku entry sure aku fikir dah byk jatuh ni.. mesti nk naik blk.. tanpa lihat apa keadaan sbnr hanya menggunakan andaian sedemikian semata2.. byk entry yg aku dah locking.. pair2 gj ada yg locking sampai ribuan pips.. Sama keadaan juga dgn team aku… mereka semua dipejabat lagi satu.. tiada akaun yg perform, 2 x 5 saja dgn akaun yg aku handle.. jam 5 pagi aku x bole tidur.. aku terpaksa monitor akaun2 tersebut.. time tu jugakla bbrp kali berlaku terjunan yg deras seperti air mengalir tanpa henti…. Aku terus panic x tau nk buat apa lagi.. nk tambah lot dah x berani.. aku takut utk bertindak apa yg sepatut dilakukan.. mmg nmpk sgt tanpa ada pengalaman yg luas dlm bertrading especially akaun2 yg besar, otak cepat jadi buntu.. hanya mengharap semata2.. umpama mengharap terhadap kasih yg x sudi… Aku ingat lagi, pada waktu tghari dalam bulan oktober, kebiasaanya waktu itu market akan santai… jarang ada pergerakan yg kuat.. tetapi hari itu secara tiba2 GJ buat terjunan yg kuat sehingga 1700 pips dlm masa 1 jam.. tanpa ada angin bertiup.. hari itu juga range utk pair GJ saja mencapai 3200 pips… dan hari tu juga 3 dari akaun yg aku handle terus MC… dan akaun2 lain semakin teruk…
2-3 bulan kebelakangan ini keadaan aku sgt teruk sekali.. ini semua angkara market forex… aku memikul satu tanggungjwb yg besar tanpa ada knowledge, skil dan pengalaman yg bagus.. terlalu berani membuat sesuatu perkara tanpa ada apa2 ilmu dan asas yg kuat pada diri sendiri.. aku pernah rasa nk gila pada masa itu.. stress yg memasuki stage 4… aku berckp dgn market.. aku marah dia.. aku tuduh dia x perikemanusiaan.. aku tuduh dia sengaja cuba utk menghancurkan hidup aku.. tapi bila time lain, sikap aku berubah… aku cuba bodek market tersebut.. aku cuba berbaik dgn dia… aku berckp dgn dia.. aku kata dia baik.. dia cantik.. aku terpikat dgn sifat dan pendirian yg ada pada dia.. aku berjanji utk melamar dia kalau dia boleh dgr ckp aku.. adakah itu satu perangkap yg aku cuba createkan utk memenangi hati dia? Tidak.. pasti itu sama seperti org gila.. tiba2 aku terus sedih.. aku berlakon.. aku menangis depan dia tanpa keluar sebarang air mata… tapi kalau tgk muka aku buat mmg sedih amat sgt.. kalau org tgk aku silap2 kasi penyepak je..
Kur kurrrr… telefon bimbit aku berbunyi.. partner aku menelefonku.. akaun2 penting dgn akaun besar company semua sudah hampir nyawa2 ikan… ajak berbincang utk lakukan sesuatu.. apalagi yg boleh dibuat utk mencari dana top up akaun tersebut? Tiada jalan lain.. cagar rumah, kereta, barang2 kemas semata2 utk top upkan akaun2 yg nazak.. adakah itu langkah terbaik? Sekurangnya kami semua berusaha.. aku x tau apa akan jadi pada diri aku selepas ni.. aku tawakal.. pasrah… satu persatu akaun telah korban… duit dari akaun luar Negara juga sudah habis digunakan utk top up akaun yg nyawa2 ikan.. itu jalan yg terakhir.. apabila top up akaun tersebut, salah satu akaun company yg besar terus mc x sampai seminggu atas tindakan yg salah dan nekad.. akaun utk big client tu mmg dah musnah sebelum tu lagi.. anggap percubaan mereka beri pada kami telah gagal… mmg xde harapan utk tekel hati mereka kembali.. fikiran x tenteram.. sure mmg xkan mampu utk membuat satu decision yg terbaik.. dlm kepala hanya fikir ingin selamatkan duit2 modal dlm tu saja… hakikatnya modal dari sumber lain juga abis hangus.. aku merenung masa depanku… tapi aku cuba kuatkan hati aku… masuk bulan 12 2008 complete kesemuanya… semua akaun jagaan aku sudah tiada.. akaun2 lain yg diuruskan oleh partner aku juga hangus.. apa lagi yg aku boleh buat.. aku byk termenung.. terus mengenangkan kesemua jumlah USD2.2 juta hilang begitu saja.. ghaib dari pandangan mata… tiada sapa yg boleh membantu.. dgn siapa yg aku boleh minta tolong lagi…
Selepas peristiwa itu, apa yg terjadi pada aku bersama team2 disyarikat aku… satu perjalanan yg amat sukar.. bagaimana aku cuba bangkit balik konon2 supaya syarikat aku boleh bertahan.... bagaimana aku cuba survive hidup aku.. aku akan bersambung di episode ke 6 akan datang…. Jumpa lagi.. nk cari tisu sat utk standby episod2 selepas ni..
AKU DAN FOREX (EPISOD 6/10)
Kami semua down. Down yang amat sangat. Apa yang berlaku selama ini pernah juga aku terfikir. Apa yang akan berlaku pada aku kalau ia betul2 berlaku. Tetapi kini ia telah muncul di depan mata dengan selambanya. Tanpa mengenal belas kasihan, tanpa ada sebarang perasaan… kau merayulah… menangislah walau air mata darah sekalipun tiada siapa yang mampu tolong nasib kita tatkala selama ini kita hanya dibuai dengan perasaan leka dan hanya imaginasi yang tercipta sahaja yang konon memberi kita 1001 keyakinan yang kita akan berjaya. Tatkala ini aku semakin mengenali sifat forex itu sendiri.. perangainya.. tabiatnya.. ternyata kenapa sebelum ini aku tidak pernah terfikir untuk lebih berhati2… ombak market forex adakala ia menjadi sangat ganas… aku hanya membawa sampan bersama layar yg amat kecil tidak mampu menangani keganasan ombak market yang sebenar… konon aku hanya imagine sampan yg aku bawa bersama layar yg kecil itu bisa berubah menjadi transformer atau doraemon yang menuju pada zaman yg moden dan serba canggih dengan kuasa yang luar biasa. Tetapi itu hanyalah semata-mata mimpi yang kita cuba create kan untuk menyedapkan hati sedangkan sepatutnya diri kita harus berada di dalam dunia yang sebenar bersama reality forex yang sebenar-benarnya.
Aku tidak perlu menoleh lagi kebelakang… tidak boleh mengeluh siang atau malam… dan perkara yang sepatut aku kena buat adalah untuk pandang ke depan.. apa yg terhampir dengan diri aku? Apa yang aku kena fokuskan pula? Adakah aku biarkan hanya nasib sahaja yang mampu mengubah diri aku bersama empayar yang besar yg aku usahakan selama ini supaya akan berpusing 360% iaitu kejayaan? Sedangkan yang paling jelas yg sedang bertenggek di depan mata apa yg aku nampak hanyalah kehancuran… tiada yang lain, hanya kehancuran semata2… Adakah aku harus pasrah? Tiada perkataan yang lain lebih sesuai iaitu bangkit… yessss aku harus bangkit selamatkan syarikat aku daripada tumbang, jatuh, rebah ke bumi… aku harus untuk bangunkan, membina dan menambaikkan mana2 yang retak bersama tiang2 asas yang kukuh supaya business yg aku usahakan selama ini berlandaskan forex boleh bangkit semula.
Umpama seperti kita pergi berperang berbekalkan azam yang kuat dan semangat yg berkobar2.. dalam masa yg sama diri kita tercedera.. tanpa ada sebarang senjata ampuh.. tersentap… tiada sebarang kekuatan lagi… Analoginya itulah perumpamaan yg paling tepat.. kebolehan dan skil sebenarnya tiada yg berubah.. masih sama.. knowledge tiada yang bertambah.. hanya yg aku dapat adalah pengalaman… yesss pengalaman yang aku harus bayar dengan nilai yang amat tinggi…
Masuk tahun baru 2009… bulan Aprilnya lengkap 3 tahun aku di dalam industry forex ini.. aku merenung.. aku cuba ingatkan apakah perjalanan aku selama ini sudah cukup memberi aku jaminan untuk Berjaya? Aku tidak Nampak jalan itu.. Dari hari pertama mengenali forex April 2006 sehingga masa itu USD2.2 juta telah lenyap… Memang benar… bukan kesemua duit itu datang dari poket aku sendiri… Aku xdelah sekaya itu.. modal utk kami bertiga pada masa itu melebihi RM3.5 juta.. partner aku yg no 1 paling besar modalnya.. kami menghitung akaun2 yg dibuka dan sebahagian komisen darinya kami guna balik utk besarkan akaun2 trading company termasuk top up semula akaun2 client… duit byk berpusing disitu.. dapat2 kalau aku yg trade, walau akaun hancur tetapi komisen yg dapat melebihi capital asal.. sebab itu kami terus survive.. selain itu termasuk juga akaun2 client yg kami manage.. ada akaun client bertahan lebih setahun.. ada yg withdraw profit melebihi capital asal mereka.. tetapi client2 yang hujung2 turut sama mengalami kerugian… sudah diberitahu tentang forex ini berisiko.. ada yang faham dan ada yg tidak faham bila musibah itu terjadi… sebab itulah komisen dibulan terakhir dari broker yg kami gunakan dapat dalam lingkunan RM200k digunakan utk recovery blk beberapa client sehingga licin duit yang ada… setakat itu kemampuan yg kami ada… kalau ada akaun trading pada masa itu yg masih wujud hanyalah akaun usd1000 dan usd2000 sahaja… ya, aku sudah mula bermain dgn akaun mini… bukan lagi akaun standard yg dilakukan sebelum ini… figure sudah semakin mengecil… aku kena buang ego aku…
Company aku di Medan sepatutnya perlu dibayar sewa pada April 2009… kerana disana sewa yg dibayar lump sum terus setahun… aku nampak samar2 sahaja disana.. seperti tiada harapan.. sewa disana sebulan hampir RM3000 dan kena bayar 1 tahun punya sewa aku harus menyediakan wang sebanyak RM35k…. mana aku nk cekau duit… memang aku bersama partner sependapat dimana pejabat disana harus ditutup sahaja dan pekerja2 diberhentikan… memang cantik pejabat disana.. dibuat di ground floor salah satu bulding business park… costing yang agak tinggi juga hampir RM100k sebelum dibuat launching.. manakala pejabat di tengah2 bandaraya kuala lumpur sebulan kena bayar sewa RM5600… waktu itu aku Nampak amount tersebut amat besar… byk benda yang penting aku kena fikirkan dan utamakan dari menyara segala overhead yang ada sama sekali satu bebanan yg besar dan tidak memberi sebarang hasil lagi… Jadi genap memasuki bulan April 2009, 2 pejabat itu telah ditutup terus dan hanya maintain pejabat yang asal sahaja di area lembah klang yg dibuat di rumah kedai… semua barangan dan perabot pejabat turut dijual sehinggakan segala glass di pejabat itu yg dibuat dinding termasuk di bilik meeting dijual…
Hari-hari datang dipejabat yang satu itu, tiada apa yg boleh dilakukan.. hanya duduk depan computer.. layan game, layan utube.. jadi bagaimana income nak masuk? Sudah tiada sebarang job… gaji pekerja disitu telah dipotong secara drastic… RM2500 terus menjadi RM500 sahaja… Bagaimana untuk menarik client? Aku request broker2 baru untuk menjadi IB… dan 2 broker yang menerima aku menjadi IB dimasa itu iaitu Arab Financial Broker (AFB – Kuwait) dan Nord Market (Sweden). Kami cuba mengubah modus operandi.. menarik orang ramai utk membuka akaun trading dan kami akan dapat komisen disitu.. Antara aktiviti aku bersama partner aku rancangkan… dengan mengajar kelas forex… tarik orang ramai dari zero untuk belajar dgn kami… aku sebagai pengajar utama.. wowwww aku dah jadi sifu ke? Terus terang aku katakan, masa itu ilmu aku masih lagi ke laut.. cuma aku tekadkan azam dan memberanikan diri sahaja… sempat juga buat kelas sebanyak 3 kali dipejabat itu.. dapatlah juga crowd dan sebahagian darinya adalah kenalan2 sendiri… tetapi ia tidak membantu menambah income utk company… selain itu projek membuat EA sendiri juga kami cuba bangunkan.. kami melantik seorang programmer india di Penang pada masa itu utk merealisasikan EA tersebut.,.. pelbagai campuran indi digunakan kononnya benda itu akan jadi canggih… deposit telah dibayar RM5000 tetapi akhirnya projek itu gagal kerana telah ditipu oleh mereka… EA tidak siap dan mereka hilang entah kemana… lagipun aku pun fikir juga, kalau ia siap sekalipun belum tentu method yg digunakan memberi hasil yg hebat.. aku sendiri pun 50-50 keyakinan prestasi EA yg dibina pada waktu itu..
Ada juga rakan sekolah dan se universiti aku ajak join forex.. minta mereka buka akaun.. aku show diri aku konon bagus trade.. tidak byk yg aku minta.. hanya setakat usd1k sahaja.. mereka ada modal tetapi mereka ingin cuba dgn capital yg kecil dahulu… duit sendiri dah xde.. makan pun umpama kais pagi makan pagi kais petang kekdg mcm takde selera nak makan… percubaan2 yg diberikan semuanya masih ke laut.. tidak mampu perform… biasala, kalau aku sendiri bagus trade, aku x perlu modal2 sebegitu.. Nampak sgt modal sendiri pun dah abis atas sebab trade masih ke laut.. itu juga byk berlaku pada hari ini.. konon nak jadi fund manager.. modal client ratus2 usd pun nak disebat.. jadi anda semua fikir2kanlah sendiri apa yg aku katakan tadi…
Tiada siapa yang percayai kami lagi.. mereka semua tahu kami gagal.. kecundang yg amat sangat.. byk benda yg cuba dibuat tetapi semuanya gagal dan tidak berjalan… personally, aku memikirkan.. apa yg harus aku lakukan? Adakah aku masih ingin terus berada didalam industry yg amat kejam ini atau aku terpaksa berpaling tadah utk kembali mencari keje dimana2 firma arkitek yg memerlukan pekerja.. ya, aku kena mencari rahsia.. kena menambah ilmu.. kena pertajamkan skil.. wajib menjadi seorang tukang masak restoran dengan menghasilkan masakan yg enak dapat memuaskan hati customer yg dtg dan seterusnya restoran tersebut jadi maju… benar.. kalau aku mampu menjadi seorang tukang masak yg sedap, walau aku buka warung tepi jalan atau di dalam hutan sekalipun, org sanggup dtg untuk makan… samalah diri kita sebagai seorang trader… aku kena jadi trader yang bagus.. yg mampu generate income dari hasil trading.. yg mampu mencapai tahap konsisten.. jadi bagaimana untuk aku mendapat keputusan sedemikian? Aku x pasti.. aku kena cari sesuatu.. aku kena cari apakah rahsia atau ‘key’ itu? Mungkin ia ada di depan mata tetapi aku sendiri yang tidak nampak…
Setelah beberapa bulan dari tarikh 2 pejabat sebelum itu ditutup, maka completelah semuanya sudah ditutup operasi.. aku sudah tidak mampu lagi.. partner2 aku juga sudah tidak ada sebarang kemampuan.. mereka semua tidak lagi tinggal di KL.. balik kampong..rumah pun tiada.. semua telah tergadai.. kenderaan besar juga sudah tiada… kenderaan yang ada pun tersadai… rosak.. x mampu nk repair.. lalu dijual.. mereka semua sudah patah hati.. team yg bekerja dgn syarikat aku pun semua patah hati.. tinggal aku keseorangan… tinggal aku keseorangan yg masih lagi cuba berdiri di industry ini.. meneruskan langkah… kini aku sudah tiada base lagi.. bergerak secara mobile.. tiada kereta.. nak makan? Apa yg aku buat? Forex langsung sudah tidak memberi aku sebarang income..
Pada masa itu, aku menanam satu azam yang amat kuat…. Aku tidak akan sesekali berundur.. aku akan teruskan perjalanan aku dalam forex.. dan yg pasti, pada masa itu aku menanam azam yg kuat, selepas ini kalau aku Berjaya aku akan pastikan kejayaan itu datangnya di dalam bidang forex juga… tapi masa itu hari2 yg aku lalui amat sukar.. tiada sebarang income.. akaun yg ada semua floating… semua akaun kawan2 termasuk kredit kad yg aku sempat apply dgn mengeluarkan cash advance utk membuka akaun trading.. bagaimana ingin menyara family.. byr rumah sewa.. tetapi kehidupan aku tetap diteruskan.. aku x pernah berhenti berusaha.. semua aku akan ceritakan di dalam Episod 7, bagaimana aku melalui jalan yg amat sukar di dalam kehidupan seharian utk survive dan seterusnya dalam masa yg sama aku bangkit, mengkaji, mencari sesuatu ‘rahsia’ dalam forex hingga aku berjumpa… kita jumpa lagi
AKU DAN FOREX (EPISOD 7/10)
Setelah semua syarikat aku telah ditutup operasinya, sedikit sebyk telah melegakan diriku kerana tidak perlu memikirkan dan menanggung overhead yg tinggi… mmg kalau diukur dari kemampuan yg aku ada, jauh panggang dari api.. apa tidaknya, aku sudah tidak mempunyai sebarang income.. bagaimana utk aku menyara keluarga? Aku x kisah kalau susah itu aku hanya menanggung seorang diri tetapi aku lebih memikirkan tanggungjwb aku.. tanggungjwb yg aku harus tunaikan bagi menyara keluarga.. inilah soalan yg ditanya pada aku di alam yg kekal abadi nanti… Aku terus memikirkan, idea aku tetap sama mcm dulu iaitu utk mencari lagi fund utk aku manage akaun client2.. x kisah berapa besar yg ada.. sbb keadaan semakin mendesak.. sebenarnya waktu itu (sekitar oktober 2009) aku masih mempunyai lagi kereta perdana… selalu rosak.. tingkap keempat2 pintu semua sudah jem langsung x boleh nk turunkan.. aircond dah lama x boleh guna.. gear box sudah sangkut2.. pernah kekdg aku bwk perdana tu sambil buka pintu.. dpt2 waktu tengahari panas.. cubala korg bayangkan.. mcm daging salai kena panggang.. mmg benda gila.. kalau nk repair semua ni mau makan ribu2.. sungguh aku x mampu.. akhir sekali aku decide utk menjual sahaja dgn harga RM12000 dan aku menggunakan ‘cable’ officer bank utk meluluskan loan aku dgn bayaran tertentu… akhirnya aku mampu gantikan perdana buruk itu dgn sebuah Honda Accord baru (2nd latest model). Memang satu perkara agak gila aku buat.. memang benar.. manalah aku layak pakai kereta tu.. makan pun terkial2 nk carik.. duit simpanan, harta langsung dah xde dan tergadai.. tapi aku boleh fikirkan utk pakai kenderaan tersebut dgn bayaran bulanan RM1550… tujuannya konon aku nak guna utk naik blk… mood baru… show dkt rakan2 yg aku konon berjaya.. aku mampu pakai keta baru.. aku sudah sukses kembali… aku bla bla blaaa… tapi sebenarnya itu semua adalah lakonan saja bagi tujuan marketing.. dan sebenarnya itu bukan satu keutamaan untuk kita berjaya di dalam perniagaan forex.. oleh kerana keadaan mendesak itulah aku terpaksa lakukan.. aku masih ingat lagi, sewaktu kereta tu keluar dari showroom, duit dkt poket aku hanya ada RM50 sahaja… itulah duit aku yg tinggal hasil dari jualan perdana lama aku tu.. akhirnya itulah aku guna utk tuang petrol ‘kuda baru’ aku tu… 2-3 hari tgh bawa kuda baru enjin mati tiba2.. petrol habis.. malu bukan main.. esoknya bank terus call, offer credit card tanpa fikir panjang aku terus accept dgn credit limit RM8000. Wahhh terasa diri kaya sekejap… tapi masa tu aku cuba berkira2 utk manfaatkan apa yg ada sebaik2nya sehingga mampu bangkit kembali.
Perhitungan aku agak menjadi… aku mampu closing bbrp rakan aku utk membuka akaun trading… broker yg aku gunakan Nord Market dan Instaforex. Akaun USD5k dan USD3k aku buka di broker Sweden itu dan amount USD1k dan USD500 hanya buka di Instaforex. Masa itu aku mencuba pula teknik martingale.. Memang kalau aku try di demo akaun bleh grow gila2… dan aku terus lakukan… aduhhhhh emosi tidak sama.. bila aku lipat masuk kali ke 4 dan 5, emosi aku x terkawal… adakala aku terpaksa cut dlm keadaan loss.. tapi yg berlaku di Broker Nord Market adalah offquote… Akaun USD5k sepatut dah jadi USD8k tapi x bole close.. akhirnya ia bertukar menjadi loss… Equity tinggal USD3000 masih lagi offquote.. sudah hampir sebulan Off Quote.. bermcm komplen aku buat.. sampai tahap aku maki bahagian support, live chat dan hantar emel kata ‘fuck u’… tapi mereka tetap dgn skrip yg sama.. dah brp byk kali kata dah solve tapi keadaan masih sama… pelik aku.. akhirnya aku diminta request utk menutup akaun itu dan segala post yg ada akan ditutup oleh broker… akhirnya balance yg tinggal sekitar USD2200… rakan aku tau perkara ini.. dia bukan org trader.. jadi dia anggap satu perkara yg bad tentang forex… satu business yg kotor.. dia memahami aku tapi dia sgt pandang serong dgn forex.. jadi aku tidak langsung ada peluang lagi utk terus bersama dgnnya dlm forex ini. Akaun2 lain floating.. akaun lama ada yg dah MC… fikiran aku jadi buntu.. aku berkata pada diri sendiri.. kenapa masih sama keadaan aku.. kenapa Allah tidak terus mengubah nasibku menjadi lebih baik.. adakah aku tidak layak berada dibidang ini.. adakah aku sepatutnya gantung computer dan x perlu nk trade forex lagi.. aku makin samar dgn masa depan ku.. melihatkan ‘kuda baru’ aku itu, payment x dibyr lagi.. kredit kad yg aku dpt lebih separuh digunakan utk buka akaun.. masih belum ada sebarang hasil lagi… kini dah memasuki bulan ke 4 aku menggunakan ‘kuda baru’ itu.. aku takut utk bawa keluar sbb memikirkan kena tarik oleh bank.. bank hari2 kacau aku.. tnya pasal payment.. mereka pertikaikan.. kenapa kenderaan baru tapi payment dah sangkut.. akhirnya, sbg langkah selamat, aku terus hantar kereta aku blk kampong di Melaka… saudara kandung aku yg pegang disana.. katanya klu di Melaka xde sapa akan kacau.. mmg dia ada kabel kuat disana… kononnya kalau aku dah stabil masa terdkt, aku akan ambil kembali kenderaan itu.. tapi sampai bulan ke 7 kereta masih lagi disana.. aku tidak mampu.. akhirnya rakan ku menasihati aku jual pada kenalannya utk sambung byr.. aku bersetuju.. aku hanya diberi saguhati sebyk RM1000 je.. tetapi apa yg berlaku, pembeli itu telah menghaibkan kereta itu.. dijual kpd org lain dgn harga hampir RM30k.. aku x dpt kesan kenderaan tersebut.. pandai betul orang buat busisness… adakah zaman sekrg ni kalau nk jadi kaya dan hidup senang mesti kena menipu? Dapat kalau kita dlm kesempitan, pasti ada saja individu akan mengambil kesempatan ke atas kesusahan kita itu.. aku tutup cerita pasal ‘kuda baru’ itu yg berlaku sekitar tahun 2010.
Kini aku semakin buntu.. masalah timpa bertalu2… sepatutnya aku perlukan ketenangan.. aku kuatkan hati ini.. aku kentalkan jiwa aku.. aku xkan cepat mengalah.. aku kena teruskan.. perjalanan aku amat jauh sekali.. susah utk berpatah blk.. ‘jgn give up zack’… ‘u can do it’ yesss aku boleh lakukan.. tapi.. apa yg aku ada? Aura aku sudah hilang.. kalau aku cuba berjumpa sesiapa mmg nmpk tiada cahaya di air muka aku.. seorang yg sgt bermasalah.. kesusahan.. ramai org sudah benci melihat aku.. keluarga pun sering porak peranda.. semua cuba utk jauhkan diri dari aku… xde sapa yg boleh aku pinjamkan duit lagi utk menampung keperluan harian… keluarga sendiri dah x boleh nk tolong apa.. sapa yg boleh tolong aku? Aku dah hampir kena ‘checkmate’… Dan aku sedar, hanya diri aku sendiri yg mampu menolong aku.. tetapi mesti kena dgn cara… caranya adalah aku tetap kena berusaha… dan itu menunjukkan game masih belum tamat lagi.. dan aku masih boleh menggerakan ‘king’ lagi dgn bantuan ‘bishop’… siapakah ‘bishop’ yg aku maksudkan itu???
Pada masa itu, hanya satu saja harta yg aku ada.. iaitu Honda EX5 yg masa itu sudah lebih 6 tahun x bergerak.. mmg sudah berabuk.. roadtax dah 10 tahun mati.. aku menolak motor tersebut utk dihantar ke workshop utk servis dan tukar bateri.. akhirnya inilah kenderaan yg aku gunakan… kebetulan pada waktu itu aku mengenali sebuah syarikat bumiputera supplier tisu.. mereka mengajak aku join mereka.. mereka offer aku buat marketing di restoran2 utk menjual tisu tersebut.. dengan memberi komisen 10% hasil dari jualan.. dan yg menarik minatku adalah kerana repeat order.. setiap kali repeat order aku sentiasa dibayar komisen 10%.. wahhhh agak menarik.. keje sekali tapi income berkali2… aku x fikir byk dan menerima tawaran tersebut.. tanpa ada sebarang gaji basic… dan aku target hasil dari income tisu aku dpt cover expanses aku tiap2 bulan… aku perlu kejar volume.. aku yakin aku mampu lakukan…
Bayangkan. dgn fizikal aku yg tinggi.. tunggang motor kecil yg buruk.. fizikal standard motor di estet je.. nmpk mcm kelakar.. dgn arm x stabil.. boleh bwk paling tinggi 70km/j je.. itu pun goyang2.. roadtax dah 10 tahun mati… aku tawakal.. aku memikirkan utk hidup.. aku tiada jalan lain… aku perlu lakukan dari bawah… aku x kisah org pandang aku cmner.. aku cukup humble.. aku letak diri aku dilevel lebih rendah dari bangla2 yg dtg Malaysia cari keje.. aku diberi sample tisu dan diletakkan dlm karung beg.. pelbagai jenis tisu yg ada.. souviete, roll tisu, pop up, napkin dan pelbagai lagi… dan sebelah tgn aku menjinjing beg laptop sbb aku akan sentiasa berenti di mana2 restoran yg ada wifi utk melihat market.. dimana area lembah klang yg aku x pergi lagi? Baik ke bangi, klang, batu caves, kg baru, putrajaya, kepong, damansara, wangsamaju abis semua aku cover.. kerap aku blk kerumah sehingga 4-5 pagi… dan rutin tghari aku akan kembali keluar rumah utk membuat sales… mmg tidak mudah utk membuat sales.. sbb harga yg aku jual lebih tinggi dari yg mereka dpt.. selalu saja walau dari tghari sampai 4-5 pagi tanpa dpt closing mana2 restoran.. tisu tidak mahal.. sekotak sekitar rm30 dpt komisen rm3… aku perlu dptkan volume.. adakala aku x makan langsung seharian… keluar rumah hanya dgn modal RM5… itupun takut2 kalau minyak habis..
Sebenarnya diperingkat permulaan dgn penjualan tisu tidak byk sgt membantu.. income yg selalu sedikit.. masa 2 minggu pertama pun belum cecah sale RM1000… sure komisen aku dpt pun x sampai RM100… aku blk rumah kepenatan… isteriku kelihatan sgt resah.. runsing dgn keadaan hidup pada masa itu… 2 buah rumah sewa yg aku tanggung memasuki bulan ke 10 tidak berbyr… tertunggak… aku malu dgn owner.. aku sentiasa memberi alasan.. mereka baik tapi kalau dah melampau sgt, aku faham.. aku xleh salahkan mereka.. aku pernah berkata kpd isteriku, kalau ditakdirkan kita duduk lagi dirumah ini, maka kita tetap disini lagi tapi andai takdir menyatakan kita kena halau dari sini dan kita tinggal di kaki lima, disitulah tempat kita.. mmg nmpk muka aku rilex.. tapi dlm hati tuhan saja yg tahu.. dan fikiran aku 24 jam non stop memikirkan bagaimana utk mencari duit utk menampung kehidupan… aku bersama keluarga pernah makan nasi putih hanya berlaukkan kicap dan bawang saja.. kekdg ikan bilis dibahagi seorang 3 ekor utk menghabiskan nasi sepinggan bersama kicap.. pernah letrik rumahku dipotong dan 3 minggu aku hidup dlm kegelapan dan kepanasan.. nasib baik ada jiran yg offer utk ubahsuai meter utk masukkan eletrik ke rumah aku.. aku sudah lama tidak blk ke kampong.. aku tidak mahu menunjukkan kesusahan aku di depan org tuaku.. biarlah aku sendiri yg berusaha..pasti dlm keadaan itu, tiada apa yg positif pada aku… memikirkan isteriku yg mengandung bakal menambahkan lagi zuriat.. adakah anak yg bakal lahir itu akan sama2 terasa impak kesusahan yg dtg dari ayahnya sendiri.. aku x sanggup biarkan keadaan itu berlaku…
Sewaktu aku menjual tisu, pelbagai dugaan aku alami.. pernah terjatuh dari motor kerana terlanggar lubang.. habis berterabur brg2 tisu yg aku kendong.. selalu mengharungi berpuluh2 roadblock tapi aku bernasib baik kerana polis kasihan utk saman aku… org boleh nmpk aku hidup dlm keadaan yg sgt terhimpit dan kesusahan.. bila time hujan, basah lencun… sampai pakaian ku kering dgn sendiri tetapi aku masih meneruskan usaha aku utk membuat sales.. pernah jam 2-3 pagi motor rosak. Mati tiba2.. duit dlm poket yg tinggal bbrp keping syiling saja.. tiada pilihan lain.. aku menolak berpuluh2 kilometer utk blk ke rumah… sampai rumah 7-8 pagi… penat amat sgt.. pernah ditahan polis atas alasan suspek pecah rumah org.. polis x nmpk ke aku kendong beg tisu bersusah payah cari duit..? adakah org susah akan sentiasa diberi layanan dan dipandang sebegitu? 1 hari aku direman di lokap dan semasa di lokap aku bergaduh dgn sekumpulan gangster di sel tersebut.. puncanya mereka ingin membuli aku tapi aku melawan dgn memaki mereka.. dkt 20 org belasah aku masa tu sampai berdarah2 kepala dan badan aku.. besar betul dugaan yg aku alami.. aku sanggup hadapinya.. ia amat menginsafi diriku..
Adakala aku singgah mana2 restoran, pernah aku terserempak dgn group2 trader yg tgh duduk layan trade beramai2.. mmg aku sentiasa tegur sesiapa jika terserempak... sbb aku pun trader juga... bukan hanya penjual tisu.. tak pernah aku x tegur.. satu hari, ada satu group ni bila aku tegur mereka kehairanan.. aku menceritakan keadaanku.. aku inginkan bimbingan.. Imaginasiku sekian lama dimana aku mengharapkan ada seorang sifu yg dpt mengajar aku forex sehingga aku mampu berjaya... aku harap mereka dpt membantu aku dlm forex.. aku show bbrp akaun aku yg tgh floating.. aku x tau nk buat cmner… aku xde skil yg bagus.. dan masa itu aku dioffer utk diajar sehingga aku pandai.. aku boleh menjadi sukses.. individu ini memberi jaminan.. dgn gaya mulut manis dan penuh dgn karektor keegoon kononnya dialah golongan yg telah berjaya dan succesfull.. cara percakapan aku tau dia berasal dari pantai timur.. tapi syarat yg aku kena buat menyediakan RM2000… dan diberikan alasan utk apa yuran itu… komitmen dan nilai ilmu tu.. itupun dikatakannya sgt murah.. dia menunjuk pelbagai indicator berwarna warni pada aku.. aku lihat dlm keadaan penuh seribu satu harapan.. dan aku diberi contact nombor, bila2 masa kalau aku sudah bersedia boleh hubungi dia kembali…
Penjualan tisu aku semakin tinggi.. sales aku dah buat termasuk repeat order mencecah RM15000… tapi ada deduction aku x dpt bulan2 10% komisen.. jadi aku dpt sekitar RM1300 saja.. tapi aku byk buat advance sehingga bila dpt gaji pada bulan tersebut sekitar RM800 je… ye, aku berniat dgn azam yg tinggi utk belajar dgn individu terbabit.. tapi aku hanya mampu setakat RM800 saja.. hakikatnya itulah duit yg aku kena gunakan utk tampung perbelanjaan keluarga.. aku tidak memberi tau isteriku, aku menelefon individu terbabit.. dia kata ok.. dia meminta aku bank in duit tersebut dlm akaun banknya.. Apabila tiba harinya, aku dgn semangat berjumpa beliau di restoran tmpt pertemuan kami sebelum ini… bila berjumpa, dia hanya beri aku join group mereka disitu.. tapi dia hanya akan ajar aku apabila aku langsaikan baki lagi RM1200… waktu itu dia membantuku utk trade akaun sedia ada yg tgh floating… dan ditakdirkan akaun personal aku itu MC malam itu jugak dikerjakan.. aku sgt kecewa.. dahla RM800 terbang, akaun aku pun jadi MC... itulah duit yg aku ada.. penat lelah aku.. yg aku buat sales kena kejar anjing gila.. yang nyaris dilanggar oleh lori kontena dan kenderaan yg dipandu oleh org mabuk beberapa kali… yg pernah disamun di lorong motorsikal di kesas highway oleh 3 org lelaki india… nasib baik masa tu aku tidak membawa laptopku… masa tu aku baru advance company tisu RM200 utk membeli pelbagai barangan keperluan rumah… aku kecewa… dan aku tau aku xkan mampu utk dptkan duit bakinya.. duit itu tidak dipulangkan blk dgn diberi pelbagai alasan.. aku pasrah dan lalu tinggalkan mereka direstoran tersebut…
Kepayahan dan cabaran hidup aku tidak terhenti disitu.. terpancar kesedihan yg paling amat aku rasakan.. waktu itu aku dpt sedikit kegembiraan kerana berjaya closing sebuah kilang dgn kuantiti yg agak besar.. sebulan akan direpeat order sebanyak RM20,000… campur repeat sale sedia ada, bermaksud repeat order yg aku dpt adalah RM35k bersamaan sekitar RM3500 income aku.. aku dpt rasakan ia sgt mencukupi… tetapi tiba2 aku diberitahu oleh syarikat supplier, mereka telah mengeluarkan ketetapan baru.. tiada lagi bayaran repeat order atas factor costing transportation dan pelbagai lagi.. mereka memberi pelbagai alasan.. ya Allah, aku amat kecewa dimasa itu.. genap 5 bulan aku menjual tisu.. mereka tahu kepayahan aku.. isteriku keluar masuk hospital yg amat kerap kerana masalah pregnancy.. tetapi mengapa mereka disekeliling aku begitu tergamak dan aku dpt rasakan diriku sentiasa ditindas oleh individu2 yg tamak..
Sori aku x dpt teruskan sbb sambil mengingati bbrp tragedi kisah lama yg aku x boleh kongsikan disini kerana terlalu personal... Jika dipanjangkan usia, kita akan berjumpa lagi utk episode 8 dgn mood berbeza...… :)