Hallo Steemit friend sorry lama tidak kongsikan resipi disebabkan busy aku hihi. ok sekarang saya mau kongsihkan resipi Ayam Goreng Berempah yg jimat bahan tapi sedap lah.
BAHAN- BAHAN :
- 1/2 ekor ayam (potong besar- besar)
BAHAN KISAR :
1 Biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cili kering /serbuk cili kuantti cili kering kalau tak nak letak pun tak apa ( i skip)
3 batang serai
1 biji telur ayam
1 sudu makan ketumbar
sedikit asam jawa pekat
BAHAN PERAP AYAM :
1 sudu makan penuh serbuk kari
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
garam
sedikit daun kari
secubit gula
sedikit serbuk perasa
CARA MEMASAK :
Satukan bahan kisar & blend halus kalau boleh tak payah letak air
Bersihkan ayam dan gaul menggunakan bahan kisar & bahan perap. biarkan selama 30 menit. lagi sedap biarkan 1 malam (saya 1 jam) .
Panaskan minyak masak mengunakan api sederhana & masukan ayam. tutup kuali dengan penutup periuk semasa menggoreng.
2-3 menit sebelum ayam diangkat kena buka tutup periuk.keadah ini untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup tp berjus di dalam.
Untuk dapatkan serat yg garing, bila ayam siap goreng smua,ambil serdak - serdak yang tinggal goreng dengan api sedehana.
Masa tengah goreng tu, kacau kacau serdak supaya tidak bergumpal atau brketul .bila dah garing,angkat & tos& tabur pada ayam goreng tadi.
SELAMAT MENCOBA!!!
Upvoted.