Internet of People adalah satu usaha-sama berbentuk pergerakkan komuniti yang inginkan kebebasan. Salah satu bentuk kebebasan yang diinginkan adalah kebebasan berekonomi. Apakah maksud kebebasan berekonomi? Kebebasan Ekonomi adalah satu bentuk ekonomi yang dikuasai oleh kuasa penjual dan kuasa pembeli tanpa perlu ada apa jua kekangan atau sekatan dari mana-mana pihak atau kuasa2 luar. Pasaran ini dikuasi dan ditentukan sepenuhnya oleh mereka-mereka yang terlibat didalamnya.
Contohnya kebelakangan ini kita dapat saksikan bagaimana pasaran e-dagang banyak mendapat perhatian peniaga, mereka mengunakkan FB dan Insta atau mana-mana media sosial untuk mempromosi barangan mereka. Namun, apa yang kita lihat adalah bahawa yang mendapat keuntungan sebenarnya adalah pihak pengendali sosial media, mereka inilah yang dapat kita kategorikan sebagai pihak luar yang meletakkan syarat dan berbagai kekangan lain kepada pengguna laman sosial mereka. Mereka juga mengunakkan maklumat maklumat yang diperolehi dari laman sosial itu untuk mereka mengaut keuntungan sendiri tanpa berkongsi dengan penguna mereka. Selain itu, Pihak kerajaan juga melihat pembangunan perdagangan melalui edagang dan sosial media naik secara mendadak, maka mereka pun mula meletakkan syarat syarat yang tidak masuk akal kepada peniaga-peniaga on-line ini.
Internet of People bakal menyelesaikan masalah ini dimana, peniaga dan pembeli dapat berurusan dan menjalankan aktiviti perniagaan dengan tiada ganguan-ganguan yang kurang membina. Bagaimana? ikutilah perkembangan mereka disini....
Kami upvote yaa.. 😁
Terima Kasih