Review filem 'Oxygen'

in Movies & TV Shows4 years ago

Minggu lepas merupakan Hari Raya Aidilfitri bagi semua umat Islam di seluruh dunia.Disebabkan MCO, aktiviti kunjung mengungjung adalah tidak dibenarkan sama sekali. Tiada apa sangat yang boleh dilakukan, jadi aku pun melayari Netflix.

Cari punya cari, aku jumpa satu filem France yang bertajuk 'Oxygen'. Jarang aku nak tengok movie selain Hollywood. Tapi bila tengok rating IMDB movie nie adalah sebanyak 6.1. Aku cuba untuk melihat movie nie.

Secara rumusan, aku memberi rating filem nie sebanyak 7 / 10. Sesuai untuk ditonton sekiranya korang tak kisah menonton filem yang set adalah setempat sahaja. Iaitu di dalam kapsul Cyrogeic Chamber itu saja.

Movie 'Oxygen' ini mengisahkan tentang seorang wanita ditidurkan dan kemudianya terjaga dan mendapati diri dia telah terperangkap di dalam satu kapsul Cryogenic Chamber. Setahu aku, tujuan Cryogenic Chamber itu adalah untuk cyro-sleep, dimana suhu badan akan diturunkan bagi mengurangkan inflammation atau sebarang sakit fizikal.

image.png

Percaya atau tidak, rawatan Cyrotherapy sememangnya wujud. Tapi aku rasa, rakyat biasa yang tidak mempunyai duit banyak, jangan harap lah nak buat rawatan Cyrotherapy nie. Bukan semua orang mampu nak membayar kos perubatan yang mahal.

Berbalik kepada movie tadi, selepas dia terjaga, dia sedar yang dia tidak mempunyai sebarang memori, bagaimana dia boleh berada di dalam kapsul tersebut, malahan tidak ingat nama dia sendiri. Memori yang dia ada tidak membantu, seolah-oleh berkecamuk.

image.png

Di dalam movie itu, wanita tadi berkomunikasi dengan AI yang dinamakan MILO (Medical Interface Liason Operator), dengan harapan untuk mencari maklumat berkenaan situasi dia dan sekaligus menyelamatkan diri dengan keluar dari kapsul. Sepanjang movie, aku perasan yang bekalan oxygen semakin berkurangan, sedikit demi sedikit. Ini yang membuat movie menjadi suspense.

image.png

Kalau aku nak menaip, memang panjang rasanyer. Dan aku rasa malas nak buat spoiler movie ni. Apa yang boleh aku cakap, set movie seperti movie Buried lakonan Ryan Reynold. Takde aksi tembak menembak, action dan sebagainya. Tetapi cukup untuk memberi debaran kepada sesiapa yang menonton. Tapi awas, movie ni membuat rasa claustrophobia meningkat.

Trailer filem 'Oxygen'