ok, harini memang hari yang memenatkanlah bagi aku. tapi banyak benda aku dapat pada harini, 13 mei 2018. hahaha, bukan sebab harini hari jadi aku, tapi aku berjaya spend masa hujung minggu aku dengan perkara berfaedah. yup, sekarang ni bukan senang remaja nk menguatkan diri untuk buat aktivit bermanfaat.( aku tak kata semua).hahahahha.
hah, nilah geng yang aku spend time pagi tadi
apa kitaorang buat? ha ni aku nak cerita.. kitaorang semua adalah community #KLSketchNation lokasi kejadian kat Jalan tunku Abdul Rahman, suatu jalan yang sangat padat dengan manusia.
gambar adalah hasil Google
keadaan kat jalan tu macam dah nak raya padahal puasa pon belum. memang banyak kedai yang buka jualan murah, baju pun memang lawa-lawa. kalau kaki shopping datang situ, memang Jackpot lah maksudnya. kau datang ke lubuk. nasib lah aku tak cucuk atam ambil duit pagi tu, kalau tak aku pon hanyut sekali rasanya. fuhhh......memang menggoda baju-bajunya. makanan pon boleh tahan.
ok, lepas da rasa penat berjalan, kitaorang melabuhkan tirai punggung di hadapan kedai baju yang bertentangan dengan lokasi buruan kitaorang iaitu, Coliseum Cafe. apalagi, lepas saja setting punggung terus buka *senjata. kiteorang pon mulalah sketch.
ha, ni namanya Five Star Coliseum Cinema. aku rasa ni cinema yang lama,tapi masih beroperasi. tapi aku nampak banyak cerita bolywood and hindustan. tapi aku memang tak sangka ada cinema selain GSC,MBO and yang lain yang selalu kita dengar.
lepas dah sketch apalagi, lapar lakan. hahahahha..so, semua sepakat sebulat hati sehati sejiwa pergi ke Semua House( 8 minit jalan kaki dari lokasi ). kitaorang makan kat Raja Burger(burger king).
ok, aku rasa tu jelah kisah bebrapa jam hidupku. hahahhaha
ttps://steemitimages.com/0x0/