Pada tahun 1973, Robert tidak mempunyai apa-apa, samada pekerjaan, wang dan apatah lagi aset. Robert hanya mempunyai impian iaitu pada suatu hari nanti, beliau akan menjadi kaya-raya dan menjadi pelabur yang layak melabur dalam pelaburan golongan-golongan kaya. Buku ini menceritakan kisah beliau bermula dari tidak memiliki apa-apa, melainkan hanya sebuah impian dan berpandukan bimbingan daripada Rich Dad bagaimana menjadi pelabur jutawan.
Melalui Rich Dad’s Guide to Investing, Robert mengajarkan bagaimana untuk memulakan pelaburan, tidak kira sama ada pembaca mempunyai sedikit ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang banyak ataupun sedikit mengenai pelaburan.
Pelaburan adalah satu subjek yang kompleks, namun di dalam buku ini, ia ditulis dalam bahasa yang mudah. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada.
Buku ini akan membimbing anda bagaimana membuat pelaburan dengan bijak, bermula dari awal. Buku ini juga mengajar bahawa tiada apa yang mustahil jika kita menginginkan sesuatu. Apa yang penting adalah kesungguhan serta fikiran yang positif dan keyakinan bahawa kita akan dapat mencapainya.
Rich Dad’s Guide to Investing adalah manual jangka panjang untuk mereka yang mahu menjadi pelabur yang kaya dan melabur dalam pelaburan yang melibatkan golongan kaya. Buku ini ditulis oleh Robert Kiyosaki, penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad. Beliau memberi tunjuk ajar bagaimana untuk melabur dengan bijak, samada ketika kita mempunyai wang yang banyak ataupun sedikit. Rich Dad’s Guide to Investing akan menyingkap rahsia kuasa ilmu pelaburan sebenar.
Harga: RM49 (Termasuk Kos Penghantaran Pos)
Whatsapp👇:
https://www.wasap.my/60162062769
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://jihadkewangan.wordpress.com/2017/01/10/rich-dads-guide-to-investing-edisi-bahasa-melayu-oleh-robert-t-kiyosaki/