Sepanjang menjadi seorang forex trader antara perkara yg biasa dialami adalah 'stress' atau tekanan perasaan... jiwa menjadi kacau, diri kita berada di dlm tidak keruan.. kepala menjadi sakit dan secara tidak langsung kita seperti seorg yg mengalami penyakit tekanan jiwa.. akhirnya badan dan otak kita menjadi letih kerana terpaksa menanggung perkara2 sedemikian...
Sedarilah, insafilah wahai cucu2ku sekalian... hayatilah kata2 aku yg x seberapa ni yg kamu anggap sbg seorg atuk... mungkin ia menjadi satu wasiat yg berguna kepada kamu semua sampai bila2.. mengapa kita menceburi bidang ini? Aku yakin, rata2 dikalangan kamu ingin mencuba nasib.. ye, di zaman moden forex merupakan salah satu cabang bidang perniagaan secara online.. hari ini kita melangkah kaki sbg seorg newbie.. kita masih tidak fhm selok belok di dlm industri ini.. penuh dgn hanky panky.. mainan politik.. masuklah disini.. masuklah di dlm keadaan kita sudah bersedia dan paling penting fahamilah industri ini dgn cara yg betul.. bersedia disegi utk kita menghadapi cabaran2 yg bakal dialami.. penuhilah dada kamu dgn ilmu2 yg sohih.. forex merupakan satu tempat yg mudah membawa ke jalan kesesatan.. forex mampu membawa kita menjadi seorg yg mudah lupa diri.. angkuh.. bongkak.. tetapi dgn forex juga mampu menjadi sbg satu platform latihan sbg kebangkitan satu semangat yg tinggi bersama jiwa yg kental..
Adakah kita ingin cepat atau lambat? Selalunya yg cepat dpt dan cepat juga pergi... yg cepat datang mungkin tanpa ada akar tunjang dan paksinya menjadi sgt goyah, rapuh dan mudah tumbang.. selalunya yg cepat menjadikan diri kita seorg yg tamak, tiada kesabaran dlm diri tetapi sering diakhiri dgn upset, merana dan akan menggelapkan segala2... Please realistic thinking.. seperti kata pepatah biar lambat asal selamat.. tidak semesti lambat itu kita seorg yg lembab.. seperti membuat analisis juga.. prediction kena ada.. entry point kena ada.. exit point kena ada.. risk zon kena tau dimana.. strategi kena tersusun dan mampan.. akhirnya follow the flow.. sometimes yg dirancang ia tidak happen tetapi dgn mengikut flow maybe kita akan bertindak pantas apabila logikal market itu nmpk wujud perubahan dari analisis asal kita.. penceritaan sesuatu market akan sentiasa berubah2.. pertajamkan segala2.. winning is kita mampu menangani dgn pengurusan akaun dan entry dgn baik.. bukan winning menggambarkan mendpt return berkali2 ganda dari capital.. itu lebih kpd nafsu, tamak dan boleh jadi boleh menimbulkan unsur2 perjudian..
Aku ingin berbicara tentang 'paksi'... ia memerlukan kekuatan yg tinggi.. asas yg kuat.. tiang yg tegap.. badan yg sasa.. kedalaman tiang pailing sampai hingga ke kerak bumi.. apabila sudah ada, disitulah bermulanya kejayaan pada diri kita.. kebangkitan sudah timbulnya bunga2 yg besar.. perubahan dalam hidup kita.. begitu mudah untuk kita maju selepas ini.. dalam keadaan kita maju begitu sukar utk kita tumbang secara mendadak.. aku yakin ramai yg alami pengalaman pernah duduk tempat yg tinggi dan pernah jatuh ditempat yg paling teruk dgn drastik.. kenapa keadaan itu terjadi? Kita berada di tempat tinggi dlm keadaan yg sgt goyah... tiada paksi yg betul.. Ini yg kita tidak mau.. dan ini juga memerlukan kita mesti ada perancangan yg tersusun dan masuk akal.. ukur kemampuan diri kita sendiri.. jgn terlalu jauh dari kemampuan asal kita ada umpama kita ingin ke bulan tetapi pesawat pun x pernah kita naiki lagi.. khuatir jika cita2 yg besar sekadar akan menjadi tin kosong dan angan2 mat jenin semata2..
Di dalam forex, jalan mesti lurus.. apa asas yg kena ada.. kemampuan di dlm bertrading di dalam pengurusan akaun yg betul dan bijak.. ada jalan shorcut tetapi ia memerlukan latihan yg berterusan.. jgn memilih jalan yg panjang kerana akan jadi panjanglah diri kita makan hati dan terusan gigit jari... jalan yg panjang yg dimaksudkan dgn membuat sesuatu yg menambahkan kesulitan utk menguruskan akaun trading secara yg betul kerana segala2nya ingin cepat.. semua nak cepat dan sekelip mata.. akhirnya episod gagal berulang kembali.. dan terus berulang utk kali ke berapa yg kamu sanggup? Cukuplah ia sekadar motivasi dan sedikit kesedaran kpd semua supaya kita sama2 perlu berfikir bersama..
Salam jumpa
Hi! I am a robot. I just upvoted you! Readers might be interested in similar content by the same author:
https://steemit.com/esteem/@boykafx/why-stresss-201784t213748229z