Bila demam teruk, apapun tak boleh nak fikir.Tapi sebab keinginan untuk melukis tu masih ada, maka sayapun ambil tab, lukislah apa yang terlintas.
Mulanya saya melakar karekter saya.
Masukkan sedikit warna-warna yang terintas difikiran sambil saya menelan sebijik lagi ubat demam.Heh!
Tambahkan lagi sesedap rasa. (pahit juga ubat demam ni.tak ada ke ubat demam yang manis?)
Selalunya kalau ada hero, mestilah kena ada heroin.Barulah manis jalan ceritanya.Maka saya tambahkan kemanisan itu dengan karekter seorang heroin.Lirikkan matanya boleh tahan.
Tambah lagi perisa agar kemanisannya cukup ,terasa.Dan lirikkan matanya memang tak boleh tahan.
Jadi siaplah sudah.
Saya akan gunakan dua kerekter ini untuk dijadikan sebuah cerita bersiri 'Bukan Pokya Cong Codei' dalam sebuah majalah humor nasional.Terima kasih kerana melewati posting saya ini.Semoga anda semua tidak demam seperti saya!