STEEM CARTOON : # MYJUNIORS AND CARTOON JUNGLE JOKES

in #steem-cartoon7 years ago (edited)

20180214_211241-1.jpg

Hello ! #steem-cartoon #myjuniors #teamMalaysia.

Happy Chinese New Year!
Have a wonderful reunion and wishing you a prosperous year ahead.

Ok..Untuk kali ini saya cuba membawa anda kepada satu perkara berkaitan peranan kartun dalam pendidikan kanak-kanak #Myjuniors.

Peranan kartun bukanlah sesuatu yang berbentuk hiburan kosong. Sebenarnya kartun adalah satu medium yang membantu dalam proses pembelajaran bagi kanak-kanak #Myjuniors. Ianya menyeronokkan !

Kartun tanpa dialog merupakan kartun yang bersifat universal. Semua bangsa dan golongan boleh menikmatinya. Ianya satu format kartun yang mudah difahami jika ianya diolah dengan baik.

Contohnya JUNGLE JOKES sebuah karya Jaafar Taib yang sangat menarik dan lucu. Mengambarkan kisah-kisah kelucuan di rimba yang sangat tepat gambarannya.

Saya ada membeli buku ini dan diberikan kepada anak. Berdasarkan pemerhatian saya ianya mampu merangsang daya kreativiti anak saya dalam menterjemahkan kelucuan dalam kartun tersebut. Ianya juga mampu membina dan merangsang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT) kanak-kanak #Myjuniors untuk memahami penceritaan berdasarkan gambar.

20180216_044020.jpg

Selain itu kanak-kanak boleh membina cerita mereka sendiri berdasarkan panel kartun tersebut. Ianya adalah sesuatu yang baik dalam membina kemahiran berfikir dan kreativiti kanak-kanak #myjuniors itu sendiri.

20180216_044006.jpg

Kanak-kanak #Myjuniors juga boleh mengenal dan memahami persekitaran di rimba serta habitat bagi hidupannya. Ianya adalah sesuatu pembelajaran bagi mereka juga secara tidak langsung.

Kanak-kanak mengemari gambar dan warna jadi naskah JUNGLE JOKES ini sebenarnya telah menepati kegemaran kanak-kanak itu sendiri juga.

20180214_211307-1.jpg

Dunia kanak – kanak penuh dengan aktiviti bermain. Kanak – kanak mempelajari sesuatu dengan paling berkesan apabila mereka sedang berseronok. Jadi carilah satu bahan pembelajaran yang menyeronokkan buat mereka.

Kita juga mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan berkesan apabila kita sedang berseronok dan menikmati apa yang kita buat. Sama juga untuk memperkenalkan konsep literasi awal Kepada kanak-kanak perlulah dengan cara yang menyeronokkan.

U5drV7uDcPWxAUXsRNKHWfCjGurQhdw_1680x8400.jpg

23456346_10212436670985270_2505009660433012744_o.jpg
@brojoe ....Follow Me!

Sort:  

@brojoe, memang betul penjelasan abang. Kanak-kanak mempunyai imaginasi yang kreatif walaupun dengan kartun tanpa dialog. Ibubapa zaman kini terlalu mengejari akademik dan mengabaikan pertumbuhan minda.

Congratulations @brojoe! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

You got your First payout

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Ya @jacktan .... kita tidak mampu mengubah persepsi orang lain. Melainkan kita mbuat perubahan itu pd diri kita dahulu.