STEEM CARTOON : 'SANG KANCIL' NASKAH TERBAIK #MYJUNIORS

in #steem-cartoon7 years ago (edited)

Hello #steem-cartoon #myjuniors dan #teamMalaysia !

Kali ini saya ingin kongsikan satu naskah warisan sastera lisan Melayu yang sangat popular iaitu SANG KANCIL.

Satu masa dulu, ketika masih kecil saya suka menonton animasi SANG KANCIL terbitan Filem Negara Malaysia. Walaupun ianya berkisar tentang kisah haiwan. Namun impak daripada cerita ini sangat berkesan.

Banyak pengajaran dan nilai murni dalam animasi pendek ini yang boleh diambil. Nilai murni melalui cerita Sang Kancil ini seharusnya terus disemai dalam jiwa generasi hari ini, Agar mereka dapat mengangkat cerita warisan ini untuk terus hidup selamanya dalam jiwa masyarakat kita.

20180214_210528-1.jpg
Buku Siri SANG KANCIL #Myjunior
Ilustrasi oleh Jaafar Taib.

Terdapat 10 cerita dalam siri ini iaitu Kancil dan Buaya, Kancil dan Penjaga Ladang, Kancil dan Anak Harimau, Kancil dan Siput, Kancil dan Harimau, Kancil Menjadi Hakim, Kancil dan Raksasa, Kancil dan Harimau Tua, Kancil dan Ikat Pinggan Sakti serta Kancil dan Sumur Mati.

Sastera warisan Melayu kita cukup banyak untuk diperkenalkan kepada generasi #myjuniors hari ini. Malah cerita rakyat kita juga setanding dengan cerita seperti SNOW WHITE, CINDERELLA, RAPUNZEL dan sebagainya.

20180214_211204-1.jpg
#myjuniors

Kanak-kanak ibarat span yang menyerap setiap apa perkara yang kita dedahkan kepada mereka. Pada usia yang masih hijau inilah masa yang paling sesuai untuk kita menyemai dalam jiwa mereka untuk cintakan warisan bangsa.

Saya mencadangkan anda semua juga mendedahkan anak-anak #myjuniors dengan buku siri Sang Kancil. Selain jalan cerita yang menarik dan sesuai dengan kanak-kanak, ilustrasi pada buku ini juga tampil dengan visual yang sangat cantik.

20180214_225412.jpg

Ilustrasi buku sang kancil ini dihasilkan dengan penuh teliti oleh pelukis hebat Malaysia iaitu Tuan Jaafar Taib hingga mampu menarik minat kanak-kanak menatap setiap helaian buku ini.

20180214_225311.jpg

Cerita Sang Kancil ditulis semula oleh Rahimidin Zahari dengan ilustrasi dihasilkan oleh Jaafar ini telah menerima hadiah utama Samsung KidsTime Author's Award di Singapura. Karya ini juga mendapat perhatian penerbit daripada China, Jepun dan Turki.
22519917_10212231776463035_6648712031050130713_o.jpg

Pada tahun 2017, saya berkesempatan berjumpa pelukis ini di galeri pameran ( Galeri Prima, NSTP Kuala Lumpur). pada pengamatan saya beliau seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan apa juga kerja-kerja seni. Bagi saya beliau seorang yang sangat serba boleh dalam menghasilkan lukisan. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan diri beliau di pautan ini http://www.jaafartaib.me/about-the-artist/

Menurut beliau, ilustrasi yang baik adalah jika lukisan itu mampu memikat jiwa kanak-kanak itu hinggakan mereka sangat sayang pada buku tersebut. Dan apabila kanak-kanak ini dewasa, dia masih sayangkan buku tersebut dan menyimpannya dengan baik.

Hadiahkan naskah terbaik ini kepada anak-anak anda #Myjuniors. Merekalah yang akan menyambung warisan kita.

DQmQk2LL9GuYjXRs1zo6k2fNCf899rTXqr8A2ZuQCrF8DU9.png
Credit to @zomagic

23456346_10212436670985270_2505009660433012744_o.jpg
@brojoe ....Follow me!

Sort:  

Congratulations @brojoe! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of comments
Award for the number of upvotes received

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!