Februari 2018.
Saya masih lagi tidak punya apa-apa. Masih lagi tidak kemana-mana dan masih lagi dengan percakapan kertas yang tak seberapa. Masalah yang datang makin berjela-jela. Hinggakan bisikan serampang mata tiga makin kerap bermain-main ditelinga.
Mengapa saya? Mengapa nasib saya begini rupanya? Apakah ini balasan atas dosa-dosa saya yang lalu? atau hukuman kerana terlalu menurut nafsu? Kenapa hidup saya tidak seperti rakan-rakan yang lain? - lancar seperti menyisipkan tubuh dengan kain. Kenapa tuhan tidak menghulurkan petunjuk mahupun satu? Kenapa tuhan membisu dan membatu?
Persoalan demi persoalan mula melingkar - yang direjam pula sudah ketawa besar melihatkan satu akidah yang perlahan-lahan goyah. Saya tercari-cari akan sahabat-sahabat yang sering bersama. Saya fikir hendak meminta sedikit nasihat sebelum bisa tanduk lebih melarat. Saya tunggu - tunggu - dan tunggu tidak muncul juga. Beberapa minit kemudian telefon bimbit saya membunyikan diri tanda mesej diterima. Owh, rupanya dari sahabat yang dinanti.
Sahabat: Masa kamu sekolah dulu, cikgu ada tolong tak masa exam?
Saya: Tak.
Sahabat: Kenapa?
Saya: Dalam exam mana boleh tolong, tak adillah namanya.
Sahabat: Apa yang kamu hadap sekarang ni adalah ujian. Dalam ujian mana boleh tolong, tak adillah namanya.
Astaghafirullah. Tersentak saya dengan kata-kata sahabat yang ringkas tapi padat itu.
Teringat saya akan kata-kata Beng Rahadian, "tuhan tidak akan memberikan dugaan melebihi kadar kapasiti manusia itu sendiri..insya Allah. Setiap dugaan itu ada hikmah dan hikmah itu juga satu anugerah."
Good post, request you to follow me and upvote please. I am also following and upvoting you.
Thank you
https://steemit.com/@yousufpatan
Thank you @yousufpatan. :)
Sememangnya dunia ini pentas ujian bro, seindah indah ujian apahila ia membawa kita mendekati Nya..
Betul kata bro tu. Alhamdullilah, masih berpeluang lagi untuk belajar mengenali-Nya.
Yup bro... setiap dugaan itu adalah cara tuhan untuk menguji sejauh mana kebijaksanaan kita tabah menghadapi... orang yg tidak mensyukuri hujan tidak akan menghargai nikmat keindahan pelangi...
Post ini ada jiwa tersendiri... teruskan berkarya... semoga sukses!
Terima kasih bro. Pengalaman memang satu guru yang terbaik. Semoga kita semua sama-sama sukses.
Takziah Tuan
Terima kasih incik tembakau.
takziah rehan..satu penulisan penuh inspirasi.
Tenkiu bro..tulis apa yang terbuku di kepala yang semak je. :)
Redha dan tenang...insya Allah bro
Insyaallah bro. Terima kasih :)
takziah boh..segalanya ada hikmah..musabab utk kita tidak berputus asa..moga kesehatan isteri dan urusan boh dipermudahkan..amin ya rabbal alamin.
Tenkiu bro..sori lambat reply..bertapa kejap kebelakangan ni hehe
Congratulations @rehanrhapsody! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
Award for the number of upvotes
Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP