Semasa membawa anak saya ke Beijing untuk rawatan (2012), saya mendapati agak sukar berkomunikasi dengan orang-orang China dan Russia kerana kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Mereka ini seperti kami, ibu bapa kepada anak-anak keperluan khas (kebutuhan khusus). Isteri saya yang memang peramah, tiada masalah kerana dia cuba sahaja menggunakan bahasa Cina yang ringkas. Dia diterima. Tetapi saya masih memikirkan cara yang lebih baik. Bagaimana ya?
Akhirnya saya mengambil pena dan kertas, saya lukiskan karikatur anak-anak mereka. Ternyata ini membuatkan mereka terharu, menangis gembira dan tertawa. Lalu kami pun diterima sebagai kawan meskipun bahasa pertuturan tetap menjadi masalah. Lukisan telah menyatukan kami.
cerita yang sangat mengharukan
terima kasih, pak
Sama sama bang