MAKSUD LOGO KECIL STEEMIT PADA TAJUK UTAMA ARTIKEL BLOG.

in #steemit7 years ago (edited)

Salam Muhibah sahabat ku Steemit, penggunaan Bahasa masih lagi kurang terutama di Malaysia. Jika di fikir secara positif pada sudut lain ini merupakan peluang pasaran yang masih baharu dan sudah tentu permintaan terhadap Bahasa akan mendapat sambutan juga. Diharap para pengguna Bahasa cekal meneruskan penulisan dalam Bahasa.

Berbalik pada tajuk artikel saya, ini memang buatkan saya terkejut. Maklumlah banyak lagi petunjuk petunjuk masih belum diketahui umum. Di sini saya memohon jika ada di antara penulis blog steemit boleh lah kongsi infomasi yang boleh dimanfaatkan oleh para penulis steemit Bahasa terutamanya.

voltranrex.jpg

Logo Steemit kecil yang saya maksudkan adalah seperti gambar di bawah.

SteemitLogokecil.jpg

Gambar ini menunjukkan di ruang “Post”. Tumpukan pada bahagian “Rewards”.

Penjelasan.

  • Power up 100% bermaksud semua pendapatan yang sudah ditolak 25% untuk kurator "Reward" pada artikel yang dimasukkan ke STEEM POWER. Disini lah kita akan dapat logo kecil steemit yang berada disudut penghujung tajuk utama artikel kita. Logo Steemit tidak mempangaruhi naik atau susut nilai artikel kita. Ini adalah pengetahuan umum bahawa kita sudah power up 100%.

  • Default 50% / 50% bermaksud 50% pendapatan akan dimasukkan ke STEEM POWER dan 50 % pendapatan akan dimasukkan ke SBD. Lazimnya ini adalah kandungan asal secara otomatik semasa/sebelum ruang “Post” dibuka. tiada petunjuk logo steemit diberi.

  • Decline Payout bermaksud jika kita bercadang untuk tidak mahu menerima sebarang pendapatan pada artikel kita. Boleh dikatakan sumbangan lah. Ini juga bermakna kita sumbangkan semua pendapatan kita kepada kumpulan yang telah upvote pada artikel tersebut. tiada petunjuk logo tetapi nilai pendapatan dipalang mendatar.

Kebaikan Power up 100%

Sebagai Pengguna Baharu Steemit, saya guna 100% power up. Ini menyenangkan saya terutama untuk UPVOTE para pembaca atau peminat blog saya. Nilai Upvote pun kecil jadi dalam masa yang sama , saya juga menghargai peminat saya. Sudah tentu pembaca saya perlu diberikan ganjaran setakat kemampuan saya. Betul tak.

Bagi saya STEEM POWER saya masih kecil jadi perlu lah saya tingkatkan kuasa saya untuk memikat pembaca yang sudah lama mahupun pembaca yang memerlukan sokongan untuk terus menulis dalam Bahasa. Masih kurang faham..Boleh cuba dan kalau tidak menjadi seperti yang saya gambarkan ..diharap jangan menyalahkan saya..Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza.

Diharap sahabat-sahabat Steemit dapat memahami maksud logo tersebut dan memanfaat daripada penjelasan ini. Bersama kita terus berusaha untuk memperkembangkan Bahasa dan menyokong kumpulan Bahasa atau loghat Malaysia.

Sort:  

Saya setuju.. Nanti saya akan cuba tulis blog dalam BM lagi.

hi @arwine, terima kasih menyokong para penulis Bahasa..teruskan menyumbang untuk kebaikan bersama.

tulis dlm bm la.. ☺️👍🏻

Abang salah faham. 100% power up, bukan terusnya semua ganjaran dimasukkan steem power. Katakan ganjaran karangan 10$, 10$ tersebut akan dibahagikan oleh haha Steem(kalau harga Steem/USD sekarang adalah 5$), maka cuma karangan kamu dikembalikan 2SP. Di damping itu, 2SP akan dibahagikan 25% ganjaran kurator. Maka abang cuma dapat balik 1.5SP sahaja. Adalah lebih baik dapatkan SBD, debian menggunakan SBD membeli Steem Di market untuk power up lebih berbaloi.

@annabelleoelle, Terima kasih atas penjelasan awak..mungkin lepas ni saya akan ikut strategi ini.Belum cuba belum faham.Penjelasan yang bernas untuk kebaikan bersama.

boleh edit lg tuan

terbaik menulis..