Hello guys, seperti biasa hari ahad saya menyiapkan kerja-kerja ubahsuai gitar dari pelanggan sekitar kota kinabalu, hari ini kerja saya lebih kepada penukaran Fretwire dari Nickel ke Stainless Steel.
Secara praktikalnya saya membuat kerja pengubahsuaian ataupun memperbaiki gitar baru memasuki setahun 7 bulan, kebiasaannya setting yang saya buat berdasarkan kehendak pelanggan dan dalam masa yang sama juga saya memberikan tips-tips yang bermanfaat untuk keselesaan mereka.
Mungkin ramai para gitaris selalu mengeluh berkenaan fretwire mereka cepat haus (worn out frets) disebabkan penggunaan yang kerap, mengapakah fretwire yang digunakan cepat haus dan jangkamasa hayatnya begitu pendek?
Biasanya gitar asal dari kilang (standard factory) menggunakan fretwire yang jenis murah iaitu Nickel, Nickel fretwire komponen dalam kandungannya seperti aloy contohnya, besi jenis lembut mudah terhakis semasa kita menggunakan gitar ( menekan fretboard tali gitar ke fretwire ) .
Solusi yang terbaik yang saya biasa buat ialah menggantikan fretwire stainless steel, super long life dan ketahanan yang tinggi serta tone yang berbeza daripada nickel. Namun tidak semudah itu untuk menukarnya kerana kita perlu mempunyai pengetahuan asas leveling dan menghafal setiap ukuran (mm) milimeter gitar, jika tidak keberkesanan untuk memperbaiki akan menjadi lebih teruk dan akan mengakibatkan pembaziran wang ringgit yang lebih tinggi serta gitar tidak dapat digunakan disebabkan (fret buzz) iaitu fret tidak sekata.
Selain itu juga Stainless steel fretwire menyelesaikan masalah utama iaitu neck hold ataupun kelurusan neck yang biasanya akan terlepas dari posisi asal ketika pemasangan fretwire baru, berdasarkan pengalaman saya untuk mencabut fretwire lama dari fretboard memerlukan kesabaran yang tinggi serta penelitian yang segera, kemungkinan fretboard kita akan rosak atau tercabut ketika proses mencabut fretwire yang lama.
Tidak hanya memasangnya terus kerana sebelum itu fretwire yang telah habis dibuka perlulah kita menjaga etika dan berdisiplin meletak fretwire lama di satu tempat dan membersihkan fretboard terlebih dahulu baru memasukkan fretwire yang baru. Fretwire yang lama berukuran 2.0mm manakala fretwire yang baru jenis stainless steel pula berukuran 2.6mm.
Proses ini memakan masa sehari atau paling lama pun tiga hari untuk saya meneliti setiap fretwire yang dipasang.
Sekian saya akan update lagi langkah setelah memasang fretwire yang ramai tidak tahu kepentingan untuk melembutkan tepi besi yang dipasang.
Part 2 akan menyusul.. jumpa lagi ✌️
You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
@arjimi, sekarang baru saya tahu pasal fret ini perlu diganti. Patutlah bunyi guitar saya bergetar wakti macam yang baru di beli. Tahu lah siapa dicari ni. Saya akan menyusuli kamu lepas ni.
boleh saja, ada apa2 contact2 saja saya.. terima kasih @voltrantrex
Congratulations @arjimi! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :
Award for the number of upvotes
Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
To support your work, I also upvoted your post!
For more information about SteemitBoard, click here
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP
ok. bru sy tau hahaha
ok tau sda siapa mau di cari jika masalah guitar hehe