Manusia dilahirkan dengan emosi dan perasaan. Kita akan menangis kerana gembira, menangis kerana bersedih, menangis kerana kecewa dan menangis ketika menonton babak sedih dalam drama.
Menangis adalah satu cara untuk membuang kesakitan mental dan fizikal. Oleh itu, apabila kita melihat seseorang menangis kita dapat merasakan kesakitan dan penderitaan mereka. Kemungkinan besar kita turut menangis kerana kasihan.
Kadang-kadang orang menangis kerana ingin mengeluarkan tekanan mental dan jiwa. Pakar psikologi mendedahkan bahawa segala emosi negatif dapat dilepaskan dan perasaan yang terpendam ikut sama keluar dengan airmata.
Ada orang menangis jika ia mengalami kecederaan. Kesakitan yang dialami tidak dapat ditanggung, tentulah akan menangis. Sakit bah tu :)
Ada masanya jika kita merasa gembira atau terharu, kita akan menangis. Ada juga yang akan menangis semasa melihat drama kegemarannya. biasanya jika saya tengok drama Korea yang sedih... saya nangis2 tue.. 😂
Walau bagaimanapun, jika seseorang berterusan menangis menenangkan nasib yang menimpa dirinya, itu tandanya mereka lemah. Menangis tidak dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut malahan akan membuatkan diri mereka semakin tertekan kerana membiarkan kesan negatif itu hadir berpanjangan.
Tahukah anda
Orang yang kerap menangis akan mengalami "depression". Orang yang mengalaminya akan sentiasa menangis, memencilkan diri, rasa bersalah dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini walaupun perkara itu terlalu remeh-temeh. Nasihat saya, mintalah bantuan dari keluarga, rakan-rakan atau berjumpa dengan pakar psikiatri.
Kesimpulan
Pada pendapat saya menangis itu bukanlah tanda kelemahan pada seseorang. Menangis itu satu tindak balas semula jadi dalam diri kita. Namun begitu kita perlulah mengawal emosi dalam apa jua keadaan. Jika kita dapat mengekspresikan emosi, terutama dengan cara yang positif ia pasti boleh menjadi tanda kekuatan dalam diri kita.
You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness
Salam kenal
Salam kenal @ijas.jaswar
Saya lama duduk kat Kajang, @arwine duduk kat mane ye
Saya dari sabah. @ijas.jaswar buat apa kat Kajang ye
Saya study Master dan PhD kat UKM.
Ohh sayapun dulu pernah pergi Tawau masa nak ke Tarakan Indonesia .
Dan masa belajar master dulu saya juga ada kawan orang Sabah, dia duduk Ranau ,sampai sekarang kami masih lagi berkomunikasi melalui FB dan wassap, sayangnya dia tak ada steemit 😀