Canva Application from PlayStore, Image for your steemit blog.

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Hi apa khabar, kamu semua ok ka? Hmm.. Bagi saya, hari nie cuaca sangat panas, hari yang sebelumnya pun panas juga, tapi entah kenapa hari ini saya rasa sangat panas sehingga otak saya tidak boleh berfungsi.. LOL (@melindajamulis ko inda rasa panas nie hari? 😂...indapa hari 6 di kivatu sya belanja ko ice-cream)

O. K hari ini saya ingin menulis tentang Canva application.

Canva app

Saya ada berita baik kepada rakan-rakan yang mengalami kesukaran mencari gambar untuk blog post. Sebelum saya teruskan, saya ingin membawa kamu ke masa lampau dimana kita baru mendapat account steemit.

Ya kita semua excited semasa mendapat account steemit. Saya percaya, semua yang ada account steemit mempunyai satu tujuan yang utama iaitu extra money... (tipulah kalau kamu tidak setuju, jangan hypocrite sangat)dan untuk hobi kita (music, art, photography dan banyak lagi).

Selepas itu kita mula menulis blog pada masa yang sama kita tidak mempunyai apa-apa ilmu, idea, dan tidak tau apa yang patut dan tidak patut dilakukan dalam Steemit. Kita cuma menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran.

Kita juga pernah mengambil gambar dari internet. Ambil 👉 upload 👉 post. Sebagai orang baru dalam penulisan blog, kita cuma berfikir bahawa semua perkara yang kita lakukan itu adalah betul. Kenapa? Sebab kita tidak tahu jika kita sudah atau sedang melakukan kesilapan. Jadi bagi kita yang masih baru, pengetahuan dalam steemit adalah limited, namun pada masa yang sama ia seolah-olah menjadi satu experiment kepada kita. Apabila kita sudah membuat silap, barulah kita tau apa kesilapan kita itupun.... jika ada orang lama yang sudi menegur kesilapan kita.

Tetapi bagi komuniti dari SabahStemian, kami semua adalah baru dalam steemit apa2 kesilapan yang kami lakukan itu, tidak akan kami sedari kerana masing-masing belum pernah mengalaminya. Itulah pentingnya mengukuti boot camp, meetup dan sebagainya. Dari sana kita dapat bertukar pandangan, mendengar pengalaman masing-masing dan dapat belajar sesuatu yang baru.

Tetapi, bukan semua orang dapat menangkap apa yang dipelajari dalam sehari selepas meetup atau boot camp. Ada yang masih di atas pagar. (macam faham, macam tidak faham.. 50/50 lah). Tambahan pula, ada yang tidak dapat mengikuti boot camp dan meetup

(bukanya tidak mahu ikut, tapi ada yang sibuk dan ada aktiviti penting, serta faktor tempat yang jauh.. Sabah nie besar bah

Tetapi apa yang baiknya, apabila kita melakukan kesilapan selepas meetup dll, kita terus tersedar/terfikir apa sebenarnya yang kita pelajari semasa boot camp dan meetup (Owww.. Ini pula si anu cakap tuuuuu, inda buli buat macam nie pulaaaaa 👈 lebih kurang macam nie lah riaksi kita kalu sudah sedar 😂) Jadi, proses ini akan berulang kepada newbies.

So, dalam bab meng-upload gambar... Kita selalu mengambil gambar dari google image. Pada mulanya kita tidak meletak source, Selepas ditegur, kita terus meletak source.... Tiba-tiba hari ini kita dikatakan menulis blog macam sambil lewa saja... lol, sebab mengambil gambar tanpa meminta kebenaran dari empunya photo, walaupun sudah meletak source. ( Well,🤔🤔 macam mana mau tanya empunya photo itu...haizz, susah-susah saja.. 💡)

Indapa, saya mempunyai penyelesaian yang paling bagus. Kamu hanya perlu mengikut langkah-langkah yang saya ajar..




Masuk play store... Lepas tu kamu download Canva application. Seperti gambar dibawah

IMG_20180315_210411.JPG

IMG_20180315_210637.JPG

Dalam Canva application, ada 60 ribu gambar dan templates



IMG_20180315_210653.JPG

Kalau saya malas, saya cuma taip ayat dan search.. Contohnya saya taip health... So semua gambar yang berkaitan dengan health dalam Canva app akan keluar. So saya pilih saja mana satu yang saya mahu guna.



IMG_20180315_210808.JPG

Tetapi, kalau saya rajin... Saya akan cari gambar dalam Canva app kemudian buat design sendiri.



IMG_20180316_080906.JPG

Kalau kamu mahu tahu perbezaan antara gambar berbayar atau tidak, ada tertulis perkataan 'canva' di gambar itu... Tetapi jangan risau kerana semua gambar adalah Free sebab under Canva application. So, gunakanlah tanpa Was-Was.. Horeyyy!!!! 💃 💃



Senang saja kan...
So apa kita mau tulis di blog,

Tulis saja

All photo taken from Canva application.  



Nah.. Senang saja kan...
So apa tunggu lagi..
Download lah Canva app sekarang :)


Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Bagus app nie. Terima kasih sebab berkongsi :)

Thank you @arwine. Good sharing 😉

No problem @nytrie :)
I'm so glad you found it helpful 😀

As a follower of @followforupvotes this post has been randomly selected and upvoted! Enjoy your upvote and have a great day!

Waaa...terima kasih kerana berkongsi app..