Episode 4: Pampasan Ku Mana?

in #teammalaysia6 years ago (edited)

IMG-20170922-WA0008.jpgJalan Terian Timpangoh Sugud Penampang... Siap 100%... Tapi semua tuan tanah belum dapat pampasan... Actually, pampasan yg kami dapat untuk buat jalan di bukit tu bukannya sampai berjuta2 pun... Biasalah kalau bukit harga tanah ada murah sikit, so bayaran pampasan ikut dengan nilai semasa harga tanah dll... Pampasan yang saya dapat sini lebihkurang 40k... Itu pun duit masih tara mari...

Actually isi utama post saya ini ialah mengenai pampasan. Kalau kerajaan belum ada duit, kenapa boleh dapat buat projek baru... Projek Jalan Pan Borneo adalah projek billions ringgit. Bukan itu saja, banyak lagi projek baru yang lain telah dan sedang dibuat. Selain itu terdapat banyak projek yang lain akan muncul. Saya tahu mengenainya, kerana saya ada membantu husband saya isi tender.

Saya jadi hairan! Tak kan lah sebelum buat projek, kerajaan tidak fikirkan peruntukan duit khas untuk pampasan. Kalau ada, mana perginya semua pampasan itu??.... Hairan bin Ajaib

p/s: mengikut info yang saya dapat sendiri dari pekerja jabatan tanah HQ K.K.... Ramai orang belum dibayar pampasan terutamanya orang yang diulu2 atau orang kampung.

Contohnya: Jalan baru Kota Belud.

Jalan itu di buat ketika saya darjah 4 (masa tu saya sekolah di Tuaran, saya kasi kawan kakak saya tinggal di sana, ipar saya orang Tuaran dan KB). 30 tahun sudah berlalu, masih ada ramai orang KB yang tidak dibayar pampasan. Ada yang sudah meninggal pun...

Maybe ada yang cakap, mesti mo balik-balik rujuk di HQ, tetapi kamu mesti ingat... berapa jarak KB dengan KK, manalah tau ada orang kg yang tiada kereta... tidak semua orang kampung berkemampuan pergi ke bandar.

Contohnya...

Saya merujuk urusan di pejabat daerah, selepas urusan di sana selesai, mereka akan menyuruh saya pergi di HQ KK. Sebab semua urusan yang selanjutnya diuruskan di HQ. Selepas urusan diHQ selesai. Saya kena balik-balik pergi ke HQ tanya pasal pampasan, kasi tunjuk muka di sana... Biar dorang fed-up nampak muka sya tiap-tiap bulan... sampailah sekarang, duit tara mari...

saya bernasib baik kerana tempat saya dekat dengan KK.... Tetapi, bagaimana pula nasib orang yang tinggal di ulu2 atau daerah yang jauh dari HQ KK.... Semua itu memerlukan duit perbelanjaan. Kasian dorang, tunggu punya tunggu, sampai meninggal tidak terasa duit pampasan yang dijanjikan. Fikirkan lah...

Sepatutnya kerajaan mengambil inisiatif untuk memudahkan orang kampung untuk berurusan. Actually bukan pampasan saja yang lambat keluar, geran yang sudah siap pun lambat di beri kepada pemohon...

Contohnya kes kakak saya

Kakak saya apply tanah di Timpangoh Sugud, maybe pada tahun [email protected] geran sudah lama siap... Kakak saya nampak lagi tu geran, sebab kakak saya mo photocopy geran untuk projek getah.. Tapi kena ambil balik, sampai sekarang, geran kakak saya masih ditahan di jabatan tanah HQ KK....

Alasannya, kawasan itu masuk dalam kawasan tadahan air projek empangan di Papar... Wakakaka...

Tuyu-tuyu.... Mentang2 kawasan Timpangoh Sugud kena tukar pgi sebelah daerah Papar, trus durang fikir macam itu. Sebenarnya geran kakak saya tu bersebelahan dengan tanah saya di Timpangoh, yang kena tanam getah tuuu.. Sanalah jalan yang boleh tembus pgi kg. Terian....

Kalau difikirkan betul2, sungai di Timpangoh tu lalu di sungai kg. Sugud... bukannya pgi Papar pun... Macam mana mo tadah air? Inda ku faham...


Bagi yang baru mengikuti cerita ini, boleh rujuk episod yang sebelumnya dibawah.


Pampasan ku Mana?

Sort:  

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Thank you :)

Posted using Partiko Android

Sudah @puncakbukit resteem ke ribuan follower yaa.. :]

Hi @arwine!

Your post was upvoted by @steem-ua, new Steem dApp, using UserAuthority for algorithmic post curation!
Your UA account score is currently 1.993 which ranks you at #25997 across all Steem accounts.
Your rank has improved 2914 places in the last three days (old rank 28911).

In our last Algorithmic Curation Round, consisting of 224 contributions, your post is ranked at #145.

Evaluation of your UA score:
  • Only a few people are following you, try to convince more people with good work.
  • The readers like your work!
  • You have already shown user engagement, try to improve it further.

Feel free to join our @steem-ua Discord server