Entri Kak Long #2: Cara Memikat Hati Mak Mertua (Bahagian II)

in #teammalaysia7 years ago

Tips #2
Pandai Bawa Diri dan Terapkan Asas yang Baik Pada Diri Sendiri

Pandai bawa diri adalah sesuatu yang sangat subjective. Ada orang pandai bawa diri, apabila ke rumah mak mertua dia buat dapur rumah mak mertua macam dapur dia sendiri. Sendiri datang, Assalamualaikum masuk rumah, terus ke dapur jerang air buat teh 'o siap dengan cekodok ikan bilis sekali for the whole house. Ada orang pula, pandai bawa diri dengan friendliness. Asal datang rumah mak mertua ha mulalah dia pok pek pok pek berbual dengan mak mertua, berbual dengan kakak ipar adik ipar, berbual dengan sepupu sepapat macam sepupu sepapat dia sendiri. Lain orang pula, pandai bawa diri dengan cara ambil hati. Asal datang saja bawakan hadiah bermacam-macam untuk semua orang. Asal birthday diberikan hadiah, asal ada gathering dia belanja makan, asal ada potluck hah dia punya lauk yang paling banyak. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk bawa diri apabila bersama keluarga mertua. Again, mak mertua ini selalunya tidaklah terlalu cerewet or demanding orangnya, cuma dia pun sama-sama mencari keserasian apabila bersama-sama dengan kita.

Nevertheless, ada beberapa points penting yang boleh dipraktikkan apabila bercerita tentang membawa diri.

First sekali, asas kena kukuh. Asas di sini merangkumi asas dalam adab, asas dalam sikap dan asas dalam agama. Tiga (3) asas ini akan membawa mak mertua untuk menyenangi kita, inshaaAllah. Kita terkurang satu asas ini, mungkin kita akan dianggap kurang dalam menjadi isteri kepada anaknya, bagi mak mertua yang cerewet. So tak perlulah tergopoh gapah belajar masak 10 resipi sehari atau belajar bahasa Jawa dalam masa 3 jam haha. Yang penting 3 asas ni kena ada for beginners.

Asas Dalam Adab

Yang pertama sekali, asas dalam adab. Asas dalam adab ini membawa maksud asas perangai kita ni lah jangan tak semenggah sangat. Bila salam, cium tangan. Bila duduk, jangan membelakangi mertua kot-kot terlepas angin niaya orang tua tu. Bila duduk, jangan menjulur kaki nanti mertua lalu tersadung hilang 12 batang gigi, dahlah 12 batang gigi tu je yang tinggal. Bila berbual, cakap dengan sopan, jangan terkekeh-kekeh macam pontianak sangat. Bila cakap, cakap perkara yang baik sahaja. Banyakkan mendengar daripada bercakap, apatah lagi mengutarakan pendapat sendiri. Kena selalu ingat, mak mertua ni dah berapa tahun hidup, kita ni baru setahun jagung. Jangan terlalu confident bila bercakap. KECUALI dia minta pendapat itu lain cerita. Berilah pendapat seadanya dan se-general mungkin, sesuai dengan taraf pendidikan dan exposure pada kehidupan, namun jangan terlalu asyik melontarkan pendapat sampai tersinggung perasaan orang lain. Dan satu pantang, tidak perlu cerita tentang family kita sangat. Contohnya, kakak abang kita begini, adik kita begitu, mak kita pula macam ni. Tak perlu. Again, unless perkara itu general dan funny atau cerita ringkas-ringkas nak share buat gelak-gelak. Cerita jatuh longkang ke, cerita cakap tersasul ke, sampaikan berita accident malam tadi ke. Selain itu, TAK PERLU. Kerana kita sebagai isteri dan menantu ni, kita bawa beban yang besar di atas bahu kita terhadap family kita. Kita ni macam representative, duta kecil kepada family kita. Takut-takut kalau terlebih cerita atau mungkin nak mengadu nasib ke apa, silap-silap mak mertua jadi menyampah atau benci terus pula pada family kita nanti. Tak baik, kan. So better not.

Dan akhir sekali, jangan terlalu sempoi dengan suami iaitu anak dia di hadapan mak dia. Contohnya kalau zaman bercinta dulu rileks je main panggil Hoi Hoi dan tujah-tujah kepala tak ada perasaan apa, di depan mak dia janganlahhhhh buat macam tu. Sila jaga adab sopan wanita Melayu walaupun kita ni ada mix matsaleh belanda. Tak perlulah merajuk-merajuk dengan suami depan mertua atau tunjuk tantrum. Semua tu dia tak minat nak tengok, menyampah adalah. Matanglah sikit, dah kahwin dah jadi isteri orang oii. Malulah sikit. Jangan jadikan usia yang muda sebagai alasan untuk buat perangai depan mertua. Apabila kamu bersetuju untuk berkahwin, itu bermaksud kamu sudah bersedia untuk menjadi dewasa yang mature dan sensible. Tak ada dah istilah masih muda, masih budak-budak, tak tahu apa-apa. Kalau tak tahu, belajar. Tu ha banyak sumber boleh belajar. Google ada, buku ada, majalah ada, mak ada, mak mertua pun ada! Perkahwinan adalah sesuatu yang real, jangan nak hidup di zaman fantasi lagi.

Okay settle asas dalam adab.

Asas Dalam Sikap

Asas dalam sikap pula adalah memiliki asas-asas sikap yang baik. Contohnya, rajin, ringan tulang, bertimbang rasa, bertoleransi, berkompromi, memahami, suka membantu, bergotong royong hah begitulah. Sikap-sikap ini akan kelihatan lebih ketara dan usaha coverline perlu dilakukan dengan lebih gigih apabila duduk serumah dengan mertua. Sebab tu orang bilang duduk dengan mertua ni susah, lebih-lebih lagi bagi menantu perempuan. Ia adalah disebabkan expectation seperti yang disebut di Bahagian I. Mak mertua expect isteri kepada anak lelakinya ini wanita Melayu terakhir. Bangun Subuh terus mandi, siapkan breakfast, mandikan anak, sidai kain baju, pergi menoreh. Eh eh. Akan tetapi di zaman moden zaman Facebook begini, isteri bangun bila matahari dah tegak. Bila dah bangun lambat, tolong buat breakfast jauh sekali. Kain baju, alah dobi ada! Suruh je suami bawa pergi dobi malam nanti apa susah? Haih. Macam manalah mak mertua nak sayang nak oii. Sigh. Memang betul, kadang-kadang bila kita duduk rumah orang ni kita serba salah, tak tahu nak buat apa, rasa segan dan kekok, dan kadang-kadang memang tak ada apa-apa nak buat pun! Iyalah kalau di rumah sendiri boleh juga nak main masak-masak, nak sapu-sapu rumah. Kalau di rumah mak mertua dan semuanya mak mertua dah siapkan, macam mana ye?

Macam mana pun, tetap tak boleh sikap macam ni. Utterly unacceptable. Bila duduk di rumah mertua, sebaik-baiknya ambillah hati, bersikap comel sikit. Ambil hati bukanlah bermaksud ambil alih tugasan rumah. Tidak. Tetapi cuba menyelit. Kalau mak mertua keluar pagi pergi jogging, cuba usahakan buat breakfast. Nanti dia balik senang hati breakfast dah tersedia. Kalau dia kata dia sakit kepala tak larat nak masak, call Pizza Delivery. Dapat juga makan sama-sama dengan senang hati. Offer untuk bantu dengan kerja rumah. Tanya apa yang boleh dibantu. Malu bertanya sesat jalan, kan? Macam saya, jujur saya bilang masak-masak ni memang saya fail. So saya ambil tugas iron baju setiap kali balik kampung bersama-sama mertua. Apabila di kampung, saya akan bangun pagi dan iron baju mak mertua, adik ipar dan pak mertua sekali untuk beberapa hari balik kampung tu. Yelah, iron baju nak pergi kenduri kahwin ke. At least ada satu benda yang kita boleh buat secara rutin dan rasa dihargai dan disyukuri oleh mak mertua dan keluarga. Feel appreciated and useful, bukan useless. Pada masa lain pula, saya bantu sapu depan rumah petang-petang. Bila nak cuci kain, saya tanya sekali mak mertua dan adik ipar siapa nak join cuci saya cucikan dan jemurkan sekali. Gitu. Macam tu lah cara ambil hati. Bab bangun lambat tu pula, janganlah sesekali. Itu pantang nenek moyang daripada zaman nenek moyang kita lagi. Sedangkan anak dara bangun lambat pun mak dah terjerit pekik, inikan dah jadi isteri orang. Malu weh. Choyy! Sila bangun awal, solat Subuh, bersihkan diri, bersihkan anak, iron baju suami licin-licin. Hakikatnya mak mertua ni tak nak apa-apa sebenarnya. Cuma nak kita jaga anak dia je. Kalau dia tengok anak dia pergi kerja baju kemas bergosok, kasut berkilat, stokin tak berlubang, cucu pula bersih cantik wangi, secara spontan dia akan rasa happy. Itu saja. Tak susah, kan? Janganlah sampai tak kemas bilik sendiri, kain baju terperuk, masih nak merileks-rileks berperangai anak dara, buruklah perangai macam tu.

Asas Dalam Agama

Okay yang ketiga adalah asas dalam agama. Asas dalam agama bermaksud walaupun kita ni tak belajar agama tinggi sampai ke Al-Azhar, tak jadi hafiz, khatam Quran pun baru sekali dua, kita tetap ada satu asas yang kuat berkat tunjuk ajar mak ayah kita. Ini penting kerana bila kita ikhlas buat sesuatu kerana Allah, semuanya akan fall into place dan kita tidak perlu struggle hard. Semuanya yang baik akan datang pada kita dengan senang dan automatic, termasuklah hati mak mertua kita. So first thing first, apabila di rumah mertua janganlah tinggal solat, walaupun kita ni jenis tak solat atau solat setahun sekali. Make it a point apabila di rumah mertua, solat. Ia mungkin nampak hipokrit pada sesetengah orang, tetapi apa kata we take the positive side of it - take it as a practice. Anggap ia sebuah latihan. Latihan untuk mula jadi baik. Latihan untuk mula jadi orang yang bersolat. Latihan untuk tutup aurat dengan lebih baik. Semua perkara harus ada starting point. Dan jadikan mertua kita starting point untuk kita berubah dengan lebih baik. Boleh kan? Selain itu, belajarlah sikit-sikit bab-bab agama seperti bacaan Yasin dan hukum hakam jadi bila menziarah tak adalah kita tercengang dan apabila berbual pun boleh sampaikan ilmu sedikit sebanyak. Apabila ada asas agama yang baik, mak mertua pun sejuk hati dapat menantu yang baik boleh tengok-tengokkan anaknya yang kadang-kadang macam syaithon jugak tu. HAHA. Selain itu, menjadi ibu kita boleh ajar anak kita sikit sebanyak tentang adab dan agama. Bukankah itu foundation terbaik untuk anak kita? Dan bukankah pendidikan itu bermula di rumah? Jadi memang baik sangatlah kalau kita ambil initiative untuk belajar agama dan menjadi orang yang lebih baik. Janganlah terlalu malas sampai solat pun tak nak, puasa pun yang yok, yang tahu hanya nak rileks-rileks chill-chill. Tak bolehlah gitu ye. Bila kita berkahwin, kita sebenarnya berjanji untuk tunaikan tanggungjawab. Maka tunaikanlah. Dah tak ada masa nak rileks-rileks, malas-malas, chill-chill dik ooi.

Lagi-lagi bila ada anak. Anak tu amanah Allah, bukan sekadar handbag bawa pergi berjalan-jalan. Ajar anak tentang akhlak dan adab. Ajar anak tentang baik buruk. Kalau anak lasak dan nakal, tegur dan didik. Jangan dibiarkan. Jangan ada mentaliti 'Oh dia budak kecik, takpe' atau 'Oh dia budak lelaki, memang lasak budak lelaki ni'. Tak boleh. Bukan nak suruh didik anak lelaki sampai jadi pondan, tidak. Tetapi ajar tentang adab dan sikap. Tak boleh baling-baling remote, contohnya. Jangan usik barang atok nenek. Jangan jahanamkan harta benda orang. Gitu. Berat sebenarnya tanggungjawab yang terpikul atas bahu kita sebagai ibu dan mak mertua memerhatikan kita hanya kerana nak kita berjaya galas tanggungjawab dengan baik dan tidak lebih daripada itu. Bila sudah jadi ibu memang langsunglah tidak boleh bermalas-malas. Kita bertanggungjawab terhadap segala apa terhadap anak itu. Jangan ambil mudah, jangan ambil ringan. Buruk akibatnya nanti di masa hadapan.

Okay guess this is all for Bahagian II. Banyak lagi yang nak ditulis sebenarnya, tetapi nanti kita sambung di Bahagian III lah ye. Bila nak habis ni, HJ? Habis bila HJ dah puas cerita semua bab tentang cara memikat hati mak mertua. Mohon bertabah ye!

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness