Hello guys!
Kembali lagi hari ini setelah lama berehat panjang dari menulis steemit blog ini. Diharap agar semua kawan-kawan akan terus menulis walaupun terhenti seketika dan jangan berhenti kerana ini adalah salah satu seni untuk terus berjuang dalam bidang penulisan dan juga muzik.
Kali ini saya ingin share kepada anda semua apa yang akan saya buat dalam masa terdekat ini. Ok. Dalam masa terdekat ini saya ingin mencuba untuk beralih kepada [pedal] efek yang baru, ianya boleh juga dikatakan untuk tujuan [upgrading] setelah mendapat [sound] yang saya ingini pada single yang lalu dimana saya menggunakan chain yang simple untuk mendapatkan bunyi yang dikehendaki. Ianya bukan [pedal] mahal pun, semuanya dalam lingkungan harga rm300 kebawah sahaja. Saya tidak mempunyai banyak sumber kewangan untuk membeli [pedal] butik yang mencecah hampir setengah ribu tapi boleh lah asal dapat bunyi yang saya kehendaki untuk kegunaan single kami yang lalu 😊
Bass Chain untuk single IM INNOCENT [single]
Saya cuba terangkan serba sedikit macam mana perjalanan chain efek yang saya guna dalam IM INNOCENT punya single. Bermula pada ZOOM B1 [merah] yang digunakan untuk light compressor sahaja [30%] untuk menyelaraskan bunyi bass yang sekata dan masuk ke chain yang seterusnya iaitu Electro Harmonix BIG MUFF yang ini digunakan untuk dirty channel bass dan seterusnya kepada HARTKE BASS PREAMP digunakan untuk menambahkan lagi harmonics [tube emulation] dan juga sedikit presence untuk bunyi bass saya.
LIST OF ITEMS TO UPGRADE
Selalunya saya lihat ramai yang menggunakan efek pedal yang medium dan high spec untuk chain mereka, tapi saya jenis yang suka mencuba benda yang lain dari yang kebiasaan dan disini saya cuba listkan apa pedal yang akan ditambah dalam chain saya terbaru ini untuk digunakan dalam release IM INNOCENT akan datang ini:
- Biyang Baby Bomb Aqua Chorus
- Biyang Baby Bomb Compressor
Mungkin ada yang akan bertanya kenapa pilih pedal yang murah?? Brand China lagi tu~ kenapa tidak beli saja boss pedals?? Bagus lagi sound yang ini punya jenama [brand mahal2]. Nah. Itu la saya cakap tadi, kebanyakan guitaris-guitarist sekarang berlumba-lumba mendapatkan pedal seperti yang saya mention diatas. Sebab mahal itu kelainan. Bagi saya terlampau banyak diluar sana menggunakan pedal sedemikian. Mungkin juga saya jenis yang mementingkan pembuatan lagu berbanding mencari pedal berbulan-bulan untuk mendapatkan butik pedal tapi produk [lagu original] dilupakan. Tapi apa-apa pun alasan pemuzik diluar sana, mereka ada kemahuan sendiri dan terpulang pada mereka untuk memutuskan.
Tepuk dada, tanya perut [lapar suda ka?] 🤣
Apa-apa pun nantikan update dari kami untuk release EP yang akan datang yang bertajuk [Even The Great Fall] dalam tahun ini dan selamat berpuasa semua 😎
Support kami dengan:
underated pedal!!! murah tak semestinya tidak berkualiti..
Kajian 3tahun 🤣
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness