Simpulan bahasa merupakan salah satu daripada warisan datuk nenek moyang bagi kaum melayu. Terdapat beratus-ratus simpulan bahasa yang ada. Malangnya generasi kini tidak menggunakan simpulan bahasa secara meluas dalam perbualan harian.
Malahan simpulan bahasa sudah semakin dilupakan, dan mungkin akan dilupakan secara sepenuhnya jika tidak dididik generasi sekarang akan kepentingan simpulan bahasa.
Jika mengikut kepada definisi daripada Dewan Bahasa dan Pustaka, Simpulan Bahasa merupakan:
ungkapan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yg berlainan drpd erti perkataan-perkataan yg membentuknya
Di bawah merupakan koleksi simpulan bahasa beserta dengan maksudnya:
Simpulan Bahasa | Maksud |
---|---|
Kera Sumbang | Tidak pandai bergaul dengan orang lain |
Panjang Tangan | orang yang suka mencuri |
Telinga Kuali | Orang yang tidak mendengar kata / nasihat |
Halwa Telinga | Sesuatu yang sedap didengar |
Ulat Buku | orang yang suka membaca buku |