Tuisyen Anak-anak Tahun 1: Perlu atau tidak?

in #teammalaysia7 years ago

images.jpeg
Google source

Assalamualaikum warga Steemit, post kali ini saya yakin agak kontroversi/serius dan mungkin akan mengundang rasa kurang senang di kalangan ibubapa namun ingin saya tegaskan penulisan saya ini hanya semata apa yang saya rasa dan nampak. Saya mempunyai anak perempuan yang kini berusia 8 tahun, bersekolah Tahun 2 di sekolah berdekatan dengan rumah. Pengalaman ketika anak saya mula bersekolah Tahun 1 agak sukar dan menghadapi pelbagai cabaran.

IMG_20180102_123314.jpg

Saya buka cerita dahulu pengalaman saya menguruskan anak untuk kemasukan Tahun 1.
Memandangkan ini anak saya yang pertama untuk masuk darjah 1 pada tahun 2017,saya tiada pengalaman ketika itu untuk menguruskan anak yang baru hendak masuk sekolah sehinggakan saya ditertawakan ketika menanyakan borang manual untuk daftar anak darjah 1 di sekolah anak saya sekarang. Saya ketika itu tiada pendedahan dimana untuk mendaftar anak ke Tahun 1 secara online. Mujur saya sempat mendaftar secara online itupun ketika anak saya berumur 6 tahun. Untuk dijadikan cerita, semasa proses mendaftar online pula, terdapat salah maklumat peribadi yang tidak boleh diubah oleh saya. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, saya perlu berhubung dengan pegawai di bahagian IT yang menguruskan borang online tersebut untuk memaklumkan masalah tersebut. Ya,hampir setiap pagi saya hubungi mereka dan setiap kali itulah talian mereka sangat sibuk. Akhirnya mengambil jalan terakhir dengan menghantar email kepada mereka dengan harapan masalah saya didengari dan dapat diselesaikan sebelum tarikh tutup permohonan tersebut. Berbekalkan tawakal kepadaNya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Oh ya, saya sertakan link bagi mereka yang ingin mendaftar secara online atau mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran online Tahun 1.
Link MOE
Setelah menerima surat penerimaan kemasukan Tahun 1, anak saya dipanggil untuk menghadiri program orentasi Tahun 1. Ketika itu juga, saya baru dimaklumkan bahawa setiap anak murid Tahun 1 perlu menjalani ujian diagnostik bagi menentukan kelas di mana anak kita akan ditempatkan. Kaedah ujian ini juga berbeza mengikut sekolah masing-masing. Saya dimaklumkan tahun ini pihak Kementerian tidak menggalakkan pengelasan kelas mengikut tahap kecerdikan. Bagi saya, lebih baik diasingkan bagi memudahkan cikgu-cikgu menumpukan anak-anak yang agak perlahan memahami pelajaran. Berbalik cerita anak saya, setelah habis mengambil ujian, keputusannya anak saya ditempatkan di kelas yang terakhir dan juga merupakan kelas Linus. Kelas Linus adalah kelas yang menempatkan anak-anak yang tidak boleh membaca dan mengira. Ketika itu, hati ini agak terusik, mengenangkan anak ini dikategorikan kurang cerdik. Ketika ini baru saya sedar yang anak saya sendiri tidak dapat menulis nama sendiri apatah lagi menjawab semua soalan dalam ujian tersebut. Mula - mula rasa agak terkilan tetapi saya cuba bersikap rasional. Biarlah anak saya masuk dan belajar dalam kelas dulu,mungkin nanti anak saya dapat belajar dengan lebih baik lagi.
Namun, setelah beberapa bulan berada di kelas Linus, sangkaan saya meleset sekali. Cikgu kelas anak saya ada mewujudkan satu whatapps group bertujuan untuk memaklumkan segala penting. Acap kali itu lah cikgu kerap menegur anak saya tidak dapat mengikuti dengan baik apa yang di ajar oleh guru-gurunya di sekolah. Saya ketika itu buntu dan kadang-kadang memarahi anak saya kerana tidak dapat menyiapkan tugasan guru disekolah. Ini ditambah lagi dengan keputusan peperiksaan penggal pertama yang agak merosot. Allahu, saya ketika itu tidak memahami anak saya. Dia kelihatan begitu letih sekali dengan sekolah KAFA disebelah pagi dan sekolah kebangsaan di sebelah petang. Masanya di habiskan disekolah sehingga jam 6.45 petang. Anak saya seolah-olah mengalami 'culture shock' dan saya kira stress juga. Maafkan ibu sayang 😭😭.

Stressed_Little_Girl_in_Library.jpg

Google source

Setelah lama berfikir, saya mengambil keputusan untuk memasukkan anak saya ke kelas Tuisyen khas untuk membaca. Ketika itu, ramai juga yang membantah kerana mereka mengandaikan anak kecil baru Tahun 1 tidak sepatutnya dihantar ke Tuisyen. Tetapi saya kuatkan hati dengan meneruskan niat saya untuk menghantar anak ke tuisyen. Selama 4 bulan setengah, setiap Sabtu dan Ahad anak saya menghadiri tuisyen tersebut, Alhamdulillah anak saya semakin fasih membaca. Saya juga ada membeli banyak buku cerita yang ringkas bagi melancarkan bacaan anak saya. Sesi penggal ke- 2 persekolahan, anak saya menunjukkan perubahan yang saya kira sangat besar. Cikgu-cikgu disekolah juga memuji anak saya dan keputusan peperiksaan juga meningkat.
Tapi persoalan sekarang terdapat pertikaian mereka di luar sana dengan menyoalkan PERLU KE ANAK SEAWAL TAHUN 1 KE TUISYEN?

6zvex1xo2ufq_^C795663DDAA8E5DA5F5FF379AE2B9F6D89790467B31A727C8A^pimgpsh_fullsize_distr.jpg
Google source
Persoalan ini pernah juga keluar di rancangan Wanita Hari Ini di TV3. Saya juga turut menonton rancangan itu. Secara kesimpulan dari perbincangan mereka, kesemua panel jemputan serta pengacara sendiri TIDAK BERSETUJU anak seawal Tahun 1 dihantar ke tuisyen. Its is a very hot topics. Even my mother also agreed with them. It feels like a heavy brick fall down on your head.
Saya akan menjelaskan apa yang saya hadapi dan mengalaminya sendiri. Saya juga berfikiran seperti anda, saya tidak mahu menyeksa anak saya untuk hadir setiap Sabtu dan Ahad ke tuisyen apatah lagi dengan BEBANAN yuran tuisyen yang agak tinggi. Ini kerana tekanan dari cikgu-cikgu, yang hampir setiap hari mewarwarkan betapa anak saya tidak dapat belajar dengan baik. Saya tidak salah kan cikgu kerana mereka juga ada KPI sendiri perlu dicapai. Untuk pengetahuan semua, saya telah hantar anak saya ke tadika sejak umur 5 tahun lagi dan saya mengharapkan itu sudah cukup untuk anak saya dapat menguasai basic pembelajaran. Sangkaan saya meleset sekali dan saya terkilan walaupun menghantar ke tadika yang mahal namun tidak menjamin anak dapat membaca dengan baik. Ya, saya tahu pasti ada akan bersuara menyatakan ini semua perlu bermula dari rumah. Saya mengakui, saya tidak dapat mengikuti cara pembelajaran cara sekarang yang menggunakan kaedah Phonic iaitu membunyikan perkataan instead of mengeja. Saya cuba untuk belajar tapi memang tidak berjaya. Bagaimana saya hendak mengajar anak saya sedangkan saya sendiri tergagap-gagap. Keputusan saya menghantar anak saya ke Tuisyen tidak saya sesali walaupun sedikit. Saya gembira dengan pencapaian anak saya walaupun tidak sehebat anak -anak lain yang cemerlang. Buktinya, anak saya tidak lagi di kelas Linus pada Tahun 2. Syukur Ya Allah. Malahan ada anak jiran mempunyai masalah yang sama mahu turut menghantar anak mereka ke tuisyen kerana mengalami masalah yang sama. Bagi saya, bukan salah kami sebagai ibubapa yang menghantar anak-anak ke tuisyen tapi kerana silibus dari Kementerian Pelajaran yang sangat mencabar anak-anak sekarang. Ramai ibu bapa yang merungut kerana tahap pembelajaran walaupun seawal Tahun 1 amat mencabar. Jadi sebagai ibubapa kita tidak mahu melihat anak kita ketinggalan. Jadi nasihat saya, jangan menunding jari atau membuat andaian secara melulu sebelum usul periksa.
Sekiranya anda ada perkongsian boleh la tinggalkan komen dibawah dan saya harap tiada kecaman.
Di sini saya ada sertakan link mengenai tuisyen yang saya hantar anak saya jika berminat. Minda Optima
Salam Jumaat.

Sort:  

um... please don't mind me, I am just testing this out. I am not spamming, really. I'll be on my way now. oh yes... I just upvoted you by the way. Stephard Tester, superoo7/superoo7-dev

Posting yang menarik, dan kontroversi juga. Tak sangka Imee hadapi pelbagai cabaran dan Alhamdulillah di sebalik cabaran itu membolehkan Imee berkongsi cerita ini pada hari ini yang saya rasa sangat baik sebagai pembuka mata. Yelah di luar sana banyak sungguh makcik makcik bawang tapi kita sebagai ibu semestinya tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita. Tahniah pada Imee di atas langkah yang pantas bagi menyelamatkan keadaan, inshaaAllah Rosyadah akan jadi anak yang pintar dan solehah yang membanggakan ibu bapanya. Aamiin! :)

Terima kasih hannah, amin