Selamat berhujung minggu buat anda semua. Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria.
Hari ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang Steemit dan potensi pendapatan yang anda boleh perolehi sebagai steemer (blogger) dan curator di Steemit yang anda boleh keluarkan seminggu selepas posting anda dipublish.
Perbezaan Steemer dan Curator
Steemer | Curator |
---|---|
Penulis artikel untuk website Steemit | Pengguna Steemit yang mengundi (up vote) atau resteem sesuatu post |
Mendapat 75% ganjaran | Mendapat 25% ganjaran |
50% SBD & 50% Steem Power (SP) | - |
Cryptocurrency Dalam Steemit
Steemit mempunyai 2 token iaitu Steem Dollar (SBD) dan juga Steem
Steem Dollar (SBD) | Steem |
---|---|
Bernilai sekitar RM30.21 buat masa ini | Bernilai sekitar RM23.39 buat masa ini |
Ini upah anda sebagai pengguna Steemit | Digunakan untuk meningkatkan pengaruh anda sebagai curator di Steemit |
Contoh
Ini dua artikel yang saya tulis sebelum ini. Jika anda perhatikan, satu artikel mendapat $12.89 manakala satu lagi mendapat $4.02.
Cara Mudah Membuat Anggaran Pendapatan Steemit Anda
Untuk mengetahui berapa anggaran pendapatan anda, saya cadangkan anda untuk menggunakan website SteemStats.com
Jika anda perhatikan di dalam senarai di atas, jumlah SBD bagi 2 post adalah $6.39, bermakna dua post itu bernilai RM193.31 setelah ditukarkan ke nilai Ringgit Malaysia. Cuba bayangkan jika setiap post anda mencapai $100 ke $200 seperti kebanyakan posting yang popular di Steemit.
Hanya dengan menulis artikel saja anda dah boleh dapat beratus ringgit setiap hari. Lumayan bukan?
Saya ingin mengajak anda menyertai kami sebagai Steemer. Semoga posting ini bermanfaat. Jumpa lagi di posting akan datang.
Upin: betul tu
Ipin: betul betul betul
Haha!
Pandai.... Pandaiii pandai
Terima Kasih for the post bro!
Sama-sama bro.
Ilmu yang sangat berguna.... TerrrBaik
Sama-sama :)