KEMATIAN BOB MARLEY: TEORI YANG BERKONSPIRASI

in #teammalaysia7 years ago

29196226_154040015282956_8131589237764222780_n.jpg

Sebelum ini aku ada keluarkan artikel berkenaan kisah yang membawa kepada kematian Bob Marley.

Banyak teori konspirasi telah menyelubungi Bob Marley yang membawa kepada kematian beliau dan ianya masih menjadi sebutan dan juga kepercayaan para pelayar alam maya dan juga manusia fizikal diserata dunia.

Semuanya bermula pada Disember 1976 di Jamaica dimana Bob Marley bersama isteri dan pengurusnya telah diserang oleh sekumpulan penembak. Dalam kejadian tersebut Bob Marley dan yang lain telah terselamat tetapi Bob Marley telah cedera ditembak di tangan seperti yang diberitakan The Jamaican Daily News dalam gambar dibawah. Serangan ini bermotifkan politik kerana ianya berlaku 2 hari sebelum konsert "Jamaica Smile" yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Jamaica iaitu Michael Manley. Bob Marley meneruskan juga konsert tersebut dan berkata;

"The people who are trying to make this world worse aren't taking a day off. How can I?"

Bermula dengan kejadian inilah para pengkonspirasi percaya bahawa CIA merupakan dalang disebalik kejadian ini. Cubaan CIA untuk membunuh Bob Marley ini dikaitkan dengan pergolakan politik dalaman Jamaica yang mempunyai campur tangan dari US.

Selepas gagal dalam cubaan pembunuhan tersebut pengkonspirasi percaya seorang agen CIA yang dalam penyamaran telah berjumpa dengan Bob Marley sebelum konsert "Jamaica Smile" bermula dan telah menghadiahkan sepasang kasut tanpa menyedari ianya telah diletak dawai tajam yang telah dicemari dengan virus kanser yang kemudiannya telah melukakan jari kaki Bob Marley. Hasil dari luka inilah yang mencetuskan penyakit kanser yang seterusnya membawa kepada kematian Bob Marley.

Pada November 2017, sebuah website bernama YourNewsWire telah menerbitkan satu artikel pendedahan oleh seorang bekas agen CIA berumur 79 tahun yang bernama Bill Oxley dan beliau mendedahkan bahawa beliau dan CIA merupakan dalang kepada cubaan membunuh dan juga dalang kepada kematian Bob Marley. Ini artikelnya:
https://web.archive.org/…/yo…/cia-agent-deathbed-bob-marley/

Dah faham berkenaan teori berkonspirasi ini? Ini hujah aku;

  1. Jika ianya satu cubaan pembunuhan, aku meragui kaedah pembunuhan yang digunakan CIA ini kerana dengan menyuntik seseorang dengan virus kanser, bukankah ianya satu kaedah yang tidak pasti akan membawa kepada kematian? Bagaimana jika Bob Marley bersetuju untuk membuat pembedahan memotong sebahagian jari kaki beliau yang dijangkiti sel kanser?

  2. Bukankah kaedah pembunuhan menggunakan virus kanser ini lambat dan aku pasti ianya melanggar prinsip pembunuhan itu sendiri iaitu untuk menyekat seseorang untuk melakukan sesuatu atau menyebut sesuatu secepat mungkin tetapi Bob Marley tetap dapat meneruskan jelajah konsert ke serata dunia selama 5 tahun!

  3. Website YourNewsWire yang mengeluarkan artikel berkenaan pendedahan yang dibuat agen CIA "Bill Oxley" juga tidak menyertakan sebarang bukti dokumen dan website ini sangat popular dalam mengeluarkan berita-berita palsu atau hoax. Anda boleh buat semakan sendiri taip "your news wire hoax" dan ini salah satu contoh;
    https://www.cbsnews.com/…/dont-get-fooled-by-these-fake-…/5/

  4. Bekas agent CIA, Bill Oxley mengaku bahawa beliau yang membunuh Bob Marley dengan menghadiahkan sepasang kasut seperti diterangkan dalam website YourNewsWire tersebut tapi bagaimana pula dengan teori yang sebelum ini mengatakan bahawa agent CIA Carl Colby (anak kepada pengarah CIA William Colby) yang menghadiahkan kasut itu kepada Bob Marley. Mana satu yang betul?
    http://theconspiracyblog.com/…/455-bob-marley-killed-by-the…

  5. Terdapat satu lagi teori berkenaan kematian Bob Marley dan teori ini mungkin datang dari mazhab pengkonspirasi yang berlainan. Teori ini menyebut bahawa Bob Marley dibunuh oleh isteri Rita Marley dan juga pengurus beliau Chris Blackwell bagi mengaut keuntungan dari royalti musik Bob Marley yang bernilai $30 juta dan ianya diperakui oleh rakan Bob Marley sendiri iaitu Bunny Wailey. Nasihat aku pengkonspirasi patut bersatu dalam menerbitkan teori, perlu ada semangat kerjasama (teamwork) baru teori tu mantap dan tidak bercanggah.
    https://www.thestandard.co.zw/…/bob-marleys-death-conspira…/

Kesemua teori ini hanya berpaksikan andaian yang berkonspirasi dan tidak lebih dari itu. Jika ada hujah lain sila kemukakannya dan jika terbukti penulisan aku salah untuk penilaian umum.

  • Kongkang
Sort:  

Congratulations @menatam! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Do not miss the last post from @steemitboard:

Are you a DrugWars early adopter? Benvenuto in famiglia!
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!

Congratulations @menatam! You received a personal award!

Happy Steem Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Do not miss the last post from @steemitboard:

Downvote challenge - Add up to 3 funny badges to your board
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!