Pada bulan lepas,,untuk pertama kalinya aku pergi ke aquaria klcc..walaupun memang menetap di kuala lumpur..😂 sebenarnya kebetulan ada kawan nak pergi masuk kesana dan memandangkan tidak pernah pergi.maka aku pun setuju lah nak ikut..
So sampai je..beli lah tiket masuk.kalau tak silap harga untuk dewasa lebih kurang Rm 60 macam tu lah.agak ramai juga orang pada masa tu.walaupun hari biasa.ada lawatan dari sekolah dan tadika.meriah sangat..hihi.
Masuk je pelbagai jenis ikan yang tak pernah kita tengok pun ada.
Ni ikan pari..masa ni masuk dalam terowong.so ibarat kita berada di dasar laut sambil tengok ikan ikan yang besar berenang renang ..
Macam macam lah ikan seperti jerung,penyu,ikan buaya yang ada dalam ni.kalau pergi comfirm teruja...
Oke jalan lagi...
Ni ikan apa tah.lupa namanya..jinak tau..siap selfie sekali 😂
Ikan ikan semua berenang bebas.rasa nak tangkap buat ikan bakar cicah air asam pulak rasa..nyum3..
Dari hidupan laut yang besar sampai la yang kecil semua ada.cuma paus je tiada.mungkin terlalu besar..haha..
Oke ni adalah spesis ketam alaskan kalau tak salah..nak makan pun takut rasanya.
Bagi yang nak bawak anak anak jalan.boleh la bawak mereka ke sini..kawasan dia luas juga.dan boleh belajar nama haiwan ini dan kitaran serta habitat..sebab tu lah sekolah selalu buat rombongan ke sini..Tiket sila rujuk web aquaria oke 😄
You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness