Memori Semasa Tahun Baru Cina 2018

in #teammalaysia7 years ago

Aktiviti Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

  • Disini saya mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai pada semua sahabat terutama sekali sahabat cina. Namun begitu tidak lupakan juga sahabat yang bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selamat bercuti dan beristirehat bersama keluarga.

  • Bagi saya bercuti bersama keluarga adalah aktiviti jarang jarang sekali dapat dijadualkan. Kali ini saya dapat cuti yang panjang jadi apa lagi , saya dan keluarga pun ambil peluang berjalan jalan di Ibu Kota Kuala Lumpur yang semakin lama semakin kurang sesak dengan kenderaan. Jalan yang luas dan kurang kenderaan membuatkan rasa tenang dan kurang stress apabila memandu dijalan yang berturap dan luas. Pembangunan yang rancak membangun serta bangunan bangunan yang baru tersergah megah seiringan dengan bangunan yang tertinggi di dunia iaitu KLCC (Menara Petronas Kuala Lumpur). Masa cuti yang panjang seperti ini juga saya mengambil peluang meneroka jalan hiruk pikuk di Kuala Lumpur. 👍 👍

  • Saya dapat perhatikan perubahan pada anak saya ,jika berada dirumah selesai sahaja kerja rumah buka handphone saya dan apa lagi ...permainan minecraft..Dari ini saya pun terfikir bagaimana saya boleh mempelbagaikan aktiviti selain dari mereka terus terjerumus dalam permainan video digital. Bagi pendapat saya, bukan untuk menghalang kanak kanak ini untuk terbantut dari segi permainan video digital tapi pada peringkat kanak kanak mestilah ada pengertian apa mereka lakukan dan haruslah ada batasan mereka. Jika tiada batasan dan tiada pemahaman apa yang mereka lalui maka tiada pengajaran daripada kepayahan apa yang mereka lalui.

  • Disini bukan lah saya mengatakan pendapat saya ini harus dicontohi atau ubah ikut cara saya. Saya percaya ramai para bapa/daddy/ayah diluar sana ingin anak-anak mereka berjaya dan dapat berkomunikasi dengan bijak di sekitar hidup mereka. Sebagai ketua keluarga atau bapa pada anak-anak saya ,apa yang boleh saya dekati mereka adalah dengan cara mengabadikan memori bersama mereka. Contohnya bercuti tahun ini kami sekeluarga meneroka Planaterium Malaysia.
    redplanet.jpeg
    Ini adalah replika robot yang pernah digunakan untuk penerokaan ke bulan.

family planeterium.jpeg

MenfromMars.jpeg

soyuzfamily.jpeg

spacetoilet.jpeg

launchoff.jpeg

spaceguitar.jpeg
Guitar masa hadapan..Masa kini pun sudah digunakan

labplanet.jpeg

Sort:  

Hello abang. Terima kasih untuk artikel ini. Untuk pengetahuan abang, jangan pakai 100% power up bagi post blog untuk mengelakkan kerugian. Pakai penyelerasan lalai 50/50. Lepas dapat ganjaran baru jualkan SBD untuk beli Steem lebih baloi.

Terima kasih @annabellenoelle .. info yg menarik.

wow @voltranrex thanks for sharing your Chinese New Year moments with your family members in KLCC. Your family members really has a good time in the space Lab. Frankly, i did know there is such a place in KLCC although I worked in nearby office for 6 years
Anyway, I have followed you and upvoted you for your family like lifestyle. Do spend time with your family member to remain a strong bond . cheers

Thank you @digitalmind. spare sometimes to visit this place you might get some idea what to write next.happy holiday.

Terima Kasih Bro , i took the opportunity to visit KL butterfly park with kids along. It was beautiful. Article kambing soon.

Glad you had a good time!

Stuju dengan tuan. Sy prefer buat aktiviti luar dgn anak2, walaupun penat tapi byk manfaat daripada tgk tv atau main game. Ini yg anak2 akan kenang bila diorang dah besar nanti.

Hi @nicky1003, terima kasih melawat blog saya..memori kenangan bersama Akan Di kenangan selama ya.

Menarik juga Planetarium :) boleh bawak anak2 ke sana

@voltranrex Saat bersama dengan keluarga tersayang memang tidak boleh ditandingi dengan apa2 sahaja.

Terima kasih melawat blog saya @wilhb81.

Wow gitar special