Pekerjaan sebagai SI(Sistem Intergrator) Part 1

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Selalunya bila saya berjumpa dengan kawan yang baru saya kenali ,soalan yang tidak terlepas dari perbualan kami ialah macam mana keadaan kita hari ini. Jawapan yang kita balas selalunya dengan nada yang positif dan sibuk dengan pekerjaan seharian. Kemudian di ikuti dengan topik pekerjaan dan seterusnya menjadi topik perbualan pula, kebiasaannya apabila sebut sahaja jenis pekerjaaan contoh nya doktor, jurutera, kontraktor, penyelia projek pengurus projek  sudah menjadi kebiasaan.  Setiap pekerjaaan pada masa kini juga berubah mengikut perubahan teknologi dan perubahan sosial ekonomi.

Apa itu Sistem Intergrator

Salah satu pekerjaan yang mungkin jarang sekali kita dengar atau diiklankan adalah Sistem Intergrator (SI). Jenis perkerjaan ini terdapat dalam industri yang menjurus kepada sistem penyiaran (Broadcasting). Sistem Intergration selalunya mempunyai kelulusan dalam bidang teknologi komunikasi,bidang audio visual,  bidang elektrikal dan elektronik, bidang media digital dan bidang penyiaran. Saya berpeluang mempelajari bidang SI secara praktikal dengan hanya berbekalkan kelulusan di dalam bidang elektrikal dan elektronik.  


Pada mulanya kerja ini saya dapati sangat susah sebab kerja ini jarang mendapat pendedahan kerja dalam bidang penyiaran. Untuk saya mempelajari rahsia S I ini saya mulakan  dengan hanya melukis blok diagram dan mengetahui setiap spesifikasi peralatan , kegunaan peralatan pada setiap bilik lokasi, bermacam jenis kamera untuk penggambaran, standard format-format kamera yang diguna pakai  dan format format audio standard. 

Tugas pertama sekali yang dimulakan sebagai Sistem Intergrator  adalah melukis sistem yang akan diciptakan. Sistem yang diciptakan haruslah selamat digunakan oleh penggunanya dan juga peralatan. Harus diingatkan peralatan yang dipasangkan ini adalah peralatan yang teramat mahal sungguhpun mempunyai warranty alat ganti.

Setelah semua lukisan ciptaan yang telah siap dan diluluskan oleh pemilik stesen penyiar barulah kerja pendawaian sistem dimulakan. Pendawaian sistem juga harus diteliti oleh SI. Setiap wiring mempunyai kod fungsi nombor dan desitinasi kod nombor supaya senang untuk mengenalpasti kerosakkan pada setiap litar atau wiring yang telah dipasangkan.`

Di dalam merekacipta satu sistem contohnya sistem rakaman studio. SI harus tahu format audio sebagai contoh analog ke digital format seterusnya ke format peralatan audio profesional. Antara format yang sentiasa dipakai adalah AES format. AES dengan diskripsi yang penuh Audio Engineering Society.  AES format sangat berguna kerana dengan format ini banyak maklumat yang boleh disimpan dan stabil.

SI juga harus tahu menggabungkan sistem peralatan audio dan video untuk membentuk satu applikasi yang lagi besar. Untuk siaran secara langsung television, pihak penyiar siaran stesen television tidak mahu ada gangguan siaran. Dengan itu SI harus mencipta audio dan visual dengan professional dan senang untuk pengguna stesen mengendalikan dan dapat mempersembahkan kreativiti tahap profesional. Pada masa kini siaran television bukan setakat cukup untuk melihat gambar dan dapat mendengar bunyi. Para pengguna semasa mahukan kualiti siaran dan pihak pengiklan juga turut serta membayar kepada pihak stesen penyiar. Pihak stesen berisiko kerugian jika siaran yang disiarkan tidak ada sambutan dari pengguna.

SI juga harus tahu aspek pengabungan dari sistem analog ke sistem pendigitalan. Sistem analog adalah format lama contoh format video ntsc,pal,smpte,dan banyak lagi. Manakala format untuk digital pula mpeg2, HD,fullHD,H.264/AVC dan banyak lagi.

SI telah banyak mengalami perubahan megikut perubahan teknologi komunikasi dan mutimedia. Jadi dengan perubahan ini maka pelbagai pecahan SI diwujudkan sebagai contohnya SI Audio Sistem Digital, SI Video Broadcast, SI Sistem Arkib, SI Media Asset Management, SI Library Management dan seterusnya.

Di sini saya kongsi gambar gambar projek lama 

Sort:  

Satu perkongsian yang bagus. Terima kasih @voltranrex.

Terima kasih fieza atas sokongan dorongan bersama.