Masa sekarang terdapat pelbagai cara untuk mempersembahkan atau memperagakan produk kepada orang umum. Sebagai contohnya di majlis hari persandingan atau majlis perkahwinan, ramai jurugambar yang akan mempersembahkan koleksi shooting sebelum dan sehingga di hari perkahwinan. Dan ini perlu kan kemahiran dan juga pengalaman serta persediaan yang rapi agar atur cara yang sudah dijadualkan tiada sebarang kecacatan. Sudah tentunya para juru gambar atau kru kru tidak mahu reputasi terjejas. Ingin saya perjelaskan kaedah ini mungkin boleh membantu dari segi kelainan untuk pihak yang tahu keperluan software yang akan anda baca artikel ini seterusnya.
Software ini adalah khas untuk live video presentation atau pun live slide presentation. Live Video Presentation adalah video klip terus dari kamera video anda. Live Slide Presentation adalah gambar yang sudah ditangkap secara langsung boleh terus disiarkan ke screen LCD besar atau projektor.
Software yang anda ingin sangat untuk mengetahuinya adalah software Screen monkey. Screen Monkey adalah satu software percuma dan tanpa berbayar untuk menggunakannya. Untuk membantu pengusaha software ini adalah dari segi sumbangan yang dapat anda mampu berikan. Screen Monkey boleh juga dijadikan sebagai slide persembahan untuk teater atau drama kanak-kanak. Kelebihan Screen Monkey adalah software ini boleh memainkan video untuk satu slide kemudian boleh disambungkan semula ke slide video klip yang lain pula. Teknik ini tidak ada di dalam Microsoft office power point. Power point adalah khas untuk slide gambar statik.
Screen Monkey mempunyai ciri playback video. Selalunya apabila ada video klip untuk dipersembahkan, anda sukar untuk terus kan memainkan video klip sebabnya power point dikecilkan dahulu dan baharulah memainkan video klip dan membesarkan video klip tersebut. Kekadang video klip freeze pula atau format salah. Screen Monkey tidak mempunyai kesukaran sedemikian dan video klip ini Cuma disediakan dalam satu slide. Sebelum acara bermula cuba playback video klip tersebut , jika tiada kecacatan semasa percubaan sudah tentu waktu acara sebenar pun akan berjalan yang seperti dirancangkan.
Screen monkey ini menggunakan platform windows 7 ,windows 8 dan windows 10. Selain itu ada lagi keistimewaan seperti
Video, DVD and Audio Playback
Flash and Power Point Prresenter
Image and Song Words Display
Live Video Input
Web Browser to Screen
Ticker Tape
Scheduler
4 Video layers and 1 Audio
Untuk para pembaca yang berminat menggunakan Screen Monkey boleh muat turun software ini di https://www.screenmonkey.co.uk/Download. Harus diingatkan bahawa software ini tidak boleh dijual sebagai produk anda. Walaupun percuma akan tetapi ingatkanlah para pengusaha yang berhempas pulas memastikan anda dapat kemudahan dari software ini.
Jika anda berminat membaca artikel selain ini, anda boleh lah merujuk pada artikel yang dibawah ini:- Tambahkan ilmu anda dengan masa yang terluang, selamat membaca.
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/kenapa-perlu-tukar-minyak-enjin-setiap-5-000km-atau-10-000km
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/penggunaan-hawa-dingin-yang-selamat-semasa-di-dalam-kenderaan
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/steemit-junior-malaysia-telah-mengorak-selangkah-hadapan-2018
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/rekaan-sistem-audio-video-teknologi-penyiaran-broadcasting-teknology-part-2
- https://steemit.com/teammalaysia/@voltranrex/audio-mixer-digital-dan-audio-mixer-analog
Skrin Monyet! Suka!!! Terima kasih atas penerangan teliti!